Sunday, January 24, 2010

Sembilan pelajar IPT ditahan sertai perhimpunan haram


KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sembilan pelajar dari lima buah institut pengajian tinggi (IPT) ditahan di ibu negara hari ini kerana mengadakan perhimpunan haram dan enggan bersurai walaupun diminta berbuat demikian oleh polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, mereka yang ditahan ialah empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dua pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dan masing-masing seorang dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Mereka ditahan kerana ingkar arahan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan kira-kira 200 pelajar dari beberapa buah universiti menyertai bantahan itu yang bermula di Menara Tun Razak di Jalan Raja, sebelum berarak ke sebuah kompleks beli-belah bagi menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Kumpulan itu turut membawa kain rentang dan sepanduk yang antaranya bertulis “Kembalikan Demokrasi Kampus”. – Bernama

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails