Friday, April 30, 2010

GADEK--Episode 3



Keesokan hari, Gadek pergi ke hujung kampong itu pada waktu malam. Dia masih cuba memikirkan apa yang tersirat di sebalik apa yang boleh dilakukannya ialah, cuba memanah bulan yang sedang mengambang.

Bulan itu kelihatan besar, tetapi terlalu jauh. Gadek berazam mahu juga memanah bulan tersebut. Gadek menarik anak panahnya perlahan-lahan sehingga ia tidak dapat ditarik lagi. Namun Gadek merasakan bahawa dia perlu menarik lagi anak panah itu sekuat mungkin supaya ia dapat pergi lebih jauh.

Ditariknya anak panah itu sekuat hati. Tidak semena-mena panah Gadek patah. Gadek terkejut. “Eh, aku belum panah lagi dah patah. Rapuh sangat ke panah aku ni?” soal hati Gadek. Gadek tidak menyedari bahawa anak panahnya itu patah kerana terlalu kuat ia ditarik oleh Gadek, dan sebelum ini Gadek tidak pernah menarik panah sekuat itu.

Gadek pun pulang, mencari panah yang lebih besar dan lebih kuat. Dia pergi mencuba lagi pada malam keesokannya. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Gadek masih tidak dapat memanah bulan itu. Semakin hari semakin kuat dia menarik anak panahnya. Sudah lbih 10 panahnya yang patah dan setiap kali patah, Gadek akan menukarkan kepada panah yang lebih besar dan kuat.

Genap 3 bulan Gadek cuba memanah bulan. Masih terlalu jauh untuk dia mencapai bulan tersebut. Pencapaiannya yang paling baik Cuma anak panahnya meluncur laju ke kaki gunung. Gadek sudah hamper berputus asa. Dia kecewa kerana dia bimbang dia akan kekal sebagai kanak-kanak selama-lamanya.

Tanpa disedari ayah Gadek berada berhampiran tempat Gadek memanah. “Macam mana Gadek? Dah kena bulan tu?” soal ayah Gadek sambil tersenyum.

“Belum….macam tak boleh kena je,” balas Gadek dengan nada kecewa. Terpancar raut wajah kesedihan dan kekecewaan dari muka Gadek.

“Gadek..” ayah Gadek mula bersuara. “Kalau Gadek tak dapat panah anak bulan tu sampai bila-bila pun, ayah masih tetap berbangga dengan Gadek,” kata ayah Gadek lagi.
“Kenapa?” soal Gadek kehairanan.

“Ayah bangga dengan semangat dan ketekunan yang Gadek tunjukkan. Ayah suka tengok Gadek tak cepat mengeluh dan putus asa,” katanya tersenyum lagi.

“Alah…Gadek dah dekat nak putus asa dah ni pun. Tak bersemangat lagi nak cuba,” balas Gadek lemah.

“Kenapa nak putus asa?” Tanya ayah Gadek.
‘Ye la, dah berbulan-bulan Gadek cuba, sampai sekarang tak kena pun apa yang Gadek panah,” jawab Gadek lagi.
“Mmm..Gadek ingat taka pa yang ayag suruh buat untuk menentukan yang Gadek dah dewasa?” Tanya ayah Gadek
“Ingat,” jawab Gadek. “Panah buah kelapa tu sampai jatuh kan?” soal Gadek lagi sambil memerhatikan buah kelapa yang sebiji itu.
“Betul,” jawab ayah Gadek. “Cuba Gadek panah buah kelapa tu sekarang,” sambung ayah Gadek.

Gadek dengan wajah yang masih kecewa, bangun perlahan-lahan seolah-olah sudah malas untuk memikirkan hal-hal memanah ini. Dia perlahan-lahan menunjukan panahnya kearah buah kelapa itu dan memanahnya hanya dengan separuh hati.

~~Adakah Gadek berjaya memanah buah kelapa tersebut???~~

Jeng3...Apa pendapat anda semua (^_^)

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails