Wednesday, April 14, 2010

Kenapa Everton?

MESSI...pupuk kemahiran di Barcelona sejak remaja
MESSI...pupuk kemahiran di Barcelona sejak remaja

BELAJAR cara Jepun dan Korea Selatan melahirkan pemain bola sepak yang berjaya lebih bagus daripada membelanjakan wang besar dengan menggunakan kepakaran kelab Liga Perdana Inggeris, Everton

Pengulas sukan terkenal, Serbegeth Singh yang lebih dikenali dengan panggilan Shebbie, mempersoalkan langkah Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak memilih untuk ‘berguru’ dengan Everton bagi melaksanakan program pembangunan bola sepak peringkat remaja.


Malah dengan peruntukan RM10 juta, jawatankuasa itu membentuk pasukan teknikal yang berlepas ke Everton, hari ini, untuk membuat kajian mengenai program bersama, termasuk dalam usaha menubuhkan enam pusat latihan di seluruh negara bagi mengasah bakat pemain bawah 12 tahun.


“Kenapa Everton? Adakah sebab akademi kelab itu mengeluarkan pemain terkenal seperti Wayne Rooney atau Leon Osman. Kita sebenarnya terikut-ikut dengan promosi berlebih-lebihan EPL di negara ini. Kenapa kita tidak mahu memahami dan belajar cara bagaimana Jepun dan Korea memiliki pemain yang bagus. “Korea ada pemain yang bagus bermain di England seperti Park Ji Sung (Manchester United), Lee Chung- Yong (Bolton Wanderers) dan Shunsuke Nakamura (bekas pemain Celtic). Mereka ini adalah pemain Asia yang tidak jauh beza dengan pemain Malaysia. Kenapa mahu ikut corak permainan EPL yang tak tentu arah? EPL cuma dahsyat kerana sering diperkatakan dan mendapat tumpuan.


“Kalau setakat negara di Asia seperti Jepun dan Korea, kos lebih murah sedangkan EPL kalau jejak kaki saja sudah kena bayar,” kata Shebby yang juga bekas pemain kebangsaan.


Pada pandangannya, jika mahu memilih kelab Eropah sebagai rujukan, Barcelona adalah kelab yang mempunyai akademi terbaik (Akademi La Masia) dalam melahirkan pemain hebat seperti Lionel Messi, Xavier Hernandez dan Andres Iniesta.

Malah Shebbie yang Disember tahun lalu sempat bertemu Pengarah Kanan Akademi kelab itu, Albert Capellas, berkata Capellas antara individu yang bertanggungjawab membentuk Messi menjadi pemain terbaik dunia, bersedia berkongsi rahsia kejayaan mereka.


“Sedangkan saya orang yang tiada kedudukan boleh berbincang serba sedikit dengan beliau (Capellas), tentu mereka dalam persatuan yang terbabit dalam pembangunan bola sepak negara ini boleh menjalinkan hubungan dengan Barcelona.


“Apa yang perlu kita buat adalah mengetahui corak latihan mereka, sukatan latihan mereka, baru kita boleh bentuk pemain yang bagus,” katanya.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails