Thursday, April 29, 2010
Sambungan Gadek..episod 2
Adakah GAdek dapat memanah buah kelapa tersebut??Jom same2 kita bace
Keesokan harinya, Gadek pergi lagi untuk mencuba nasibnya. Tetapi hasilnya tetap sama. Hari berganti hari dan minggu berganti minggu. Kini sudah hampir tiga bulan Gadek cuba untuk memanah buah kelapa tersebut. Hasilnya masih mengecewakan.
Pada suatu hari, ayah Gadek pulang dari memburu. Hari sudah lewat malam. Apabila dia sampai ke rumah, dia terkejut kerana isterinya memberitahu bahawa Gadek belum pulang-pulang lagi. Ayah Gadek dengan tenang menyimpan alatan perburuannya. Dia tidak berkata apa-apa kerana dia tahu di mana Gadek berada.
Ayah Gadek pun menuju kea rah hujung kampong, di mana pokok kelapa tua itu berada. Tepat sangkaannya, Gadek masih lagi berada di situ, cuba memanah buah kelapa tersebut.
“Hai Gadek, tak nak balik k?” tegur ayah Gadek sambil tersenyum.
“Sikit lagi ayah, dah ada kemajuan ni” balas Gadek. Ayahnya hanya tersenyum sinis apabila melihat anak panah Gadek hanya sedikit sahaja melepasi separuh ketinggian pokok kelapa itu. Gadek masih terus memanah. Dia cuma memanah dengan dibantu sinaran cahaya bulan mengambang. Dia seolah tidak mempedulikan hari yang sudah lewat dan ayahnya yang sedang berdiri berhampiran dengannya.
“Kenapa susah sangat ni ayah? Dah berbulan-bulan Gadek cuba, masih lagi jauh dari sasaran yang Gadek nak capai?”mtiba-tiba GAdek bersuara.
Ayah Gadek tersenyum. Dia memang sedang menanti soalan yang sebegitu. “Mari ke sini Gadek. Berhenti memanah sekejap, “ jawap ayah Gadek.
“Gadek..” ayah Gadek bersuara lagi. “Kalau Gadek nak memanah buah kelapa itu, Gadek kena berlatih memanah bulan,” jelas ayah Gadek ringkas. “Mari mita pulang, emak Gadek kat rumah tu dah risau,” kata ayah Gadek lagi.
“Bulan? Bulan yang tengah mengambang tu? Kenapa?” soal Gadek kehairanan. Ayah Gadek hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak menjelaskan mengapa dia berkata sedemikian.
Pemikiran Gadek dipenuhi dengan seribu macam persoalan. “Apa yang ayah aku maksudkan? Bulan? Buah kelapa pun susah, inikan pula bulan,” bisik hati Gadek. Namun dia tidak berani mempersoalkan apa yang dikatakan oleh ayahnya. Gadek tahu ayahnya sudah banyak pengalaman dan tahu apa yang dikatakannya.
Bersambung~~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment