Tuesday, April 13, 2010
Kenapa USM dan bukannya UM dan UKM terima Apex?
KUALA LUMPUR, 13 April: Kelayakan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima bajet tambahan untuk Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) bagi tahun yang ketiga, tahun ini dipertikai.
Menurut Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr. Tan Seng Giaw, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilihat lebih layak menerima keistimewaan tersebut.
"Banyak profesional memberitahu saya UM lebih layak, begitu juga dengan pensyarah-pensyarah (dari) UKM bertanya saya, bagaimana USM boleh dapat (Apex)," soal beliau ketika membahaskan Pembekalan Tambahan untuk KPT lewat malam semalam.
Kelayakan UM dan UKM itu, menurut beliau bukanlah diiktiraf oleh pembangkang atau KPT sendiri.
Sebaliknya, menurut beliau, pengiktirafan tersebut diberikan oleh beberapa firma penilai dunia, seperti Time Higher Education Supplement (THES).
Disebabkan itu, beliau mempertikai cadangan meluluskan Pembekalan Tambahan untuk tahun 2008 di Dewan Rakyat.
"Kalau ikut bantuan yang diterima ini, bukan setakat RM124.5 juta untuk tahun lepas (2008), (peruntukan) tahun ini pun tentu banyak lagi."
Ujarnya, KPT tidak seharusnya memberikan status Apex kepada USM berdasarkan proposal Tranforming Higher Education for Sustainable Tomorrow semata-mata.
Tegasnya lagi, KPT seharusnya melihat pencapaian serta tradisi kecemerlangan seperti kebebasan akademik dan autonomi universiti di universiti-universiti yang dinilai.
Pun begitu, beliau mendesak KPT dan USM sendiri mencapai suatu aras tanda yang lebih baik kelak, kerana wang rakyat banyak dilaburkan untuk mereputasi universiti tersebut.
Menjawab soalan Dr. Tan (Ahli Parlimen Kepong), Timbalan Menteri Kementerian Tinggi Hou Kok Chung berkata, peruntukan tersebut kebanyakannya untuk menanggung kos pengurusan, saguhati dan penggajian staff.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kluang, USM turut diberikan autonomi dalam menguruskan universiti, dana dan pengambilan mahasiswa sendiri.
Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria kemudiannya meminta Hou menjelaskan pertimbangan kerajaan memberi outonimi pada USM sahaja.
Sepatutnya, menurut Nasir, semua u1niversiti perlu diberi autonomi untuk menentukan wawasan dan halatujunya sendiri.
Turut mempertikai Hou, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
"Kenapa bajet tambahan 2008 baru dibahas untuk diluluskan sekarang," soalnya.
"Kalau begitu, bajet 2009 mungkin akan dibahahaskan pada tahun 2011 kelak," katanya.
Tidak bersedia dengan desakan Mohamed dan Khalid, Hou berjanji untuk menjawab secara bertulis kelak.-HARAKAHDAILY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment