Friday, April 16, 2010

Roket India terhempas sejurus dilancarkan


BANGALORE 15 April - Sebuah roket India yang dibina di dalam negara tersebut menggunakan teknologi tempatan terhempas beberapa minit selepas dilancarkan hari ini.

Ia dilihat sebagai satu tamparan terhadap cita-cita India untuk meneroka angkasa lepas.

Pelancaran roket berkuasa `cyrogenic,’ satu teknologi canggih yang dimiliki oleh hanya lima negara dunia itu gagal sejurus dilancarkan di Sriharikota di negeri Andra Pradesh.

``Roket berkenaan bersama satelit 2.2 tan yang dibawanya terhempas di Teluk Bengal lapan minit selepas dilancarkan,’’ kata Pengarah Pertubuhan Kajian Angkasa Lepas India, S. Satish. - AFP-UTUSAN

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails