Tuesday, April 20, 2010

Universiti pertama: UTM tubuh pejabat satelit di Jepun


TOKYO 20 April – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti pertama di rantau Asia Tenggara menubuhkan Pejabat Satelit UTM-Jepun (UJSO) di Tokyo bagi meningkatkan kerjasama dengan pusat pengajian tinggi dan institusi penyelidikan di Jepun.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, pejabat berkenaan yang terletak di kampus Universiti Meiji mampu menarik minat pelbagai pihak untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

"Sebanyak lima buah universiti akan bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk menghantar mahasiswa melanjutkan pengajian sepenuh masa dan separuh masa di UTM.

"Lima buah universiti itu ialah Universiti Meiji, Universiti Metropolitan Tokyo, Universiti Tokai, Institut Teknologi Shibaura dan Universiti Kyushu,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Meiji berhubung penubuhan pejabat itu, di sini hari ini.

Bernama

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails