Friday, April 16, 2010

Kapal karam misteri diapung


PASUKAN penyelamat mengapungkan sebuah kapal perang Korea Selatan yang karam dekat Pulau Baengnyeongdo semalam.


SEOUL - Pasukan penyelam semalam mula mengeluarkan sejumlah mayat dari sebuah kapal perang Korea Selatan selepas ia karam akibat satu letupan misteri di kawasan perairan sempadan Korea Utara yang berlaku tiga minggu lalu.

Pekerja-pekerja penyelamat mengapungkan badan kapal perang Cheonan seberat 1,200 tan dengan bantuan beberapa kren terapung sebelum ia diletakkan di atas sebuah kapal pengangkut.

Agensi berita Yonhap melaporkan, sejumlah pekerja dan petugas penyelamat melihat banyak mayat semasa mengepam keluar air laut dari kapal yang karam itu.

Sejumlah 46 kelasi terbunuh selepas kapal perang itu meletup semasa melakukan tugas rondaan pada 26 Mac lalu.

Badan kapal itu akan dihantar ke sebuah pangkalan tentera laut berdekatan supaya punca letupan dapat disiasat.

Sejumlah 55 kelasi berjaya diselamatkan sejurus sebelum kapal itu putus dua.

Korea Selatan sebelum ini menuduh Korea Utara sengaja meletupkan kapal berkenaan dengan menggunakan periuk api. - Agensi

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails