Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serius menghalang golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.
Menurut sumber mahasiswakini.com, beberapa pemantau universiti telah dilantik bagi mengawasi mana-mana mahasiswa yang terlibat. Senarai pemantau bagi setiap universiti juga sudah diedarkan kepada seluruh bilik gerakan milik Barisan Nasional (BN).
Pemantau-pemantau universiti tersebut yang dipercayai terdiri daripada polis khususnya dari Special Branch (SB) sebelum ini dilaporkan sudah beberapa kali memasuki kawasan bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR) dengan tujuan memantau mahasiswa.
Menurut sumber juga, sudah ada tangkapan dibuat dan dikatakan mahasiswa tersebut daripada Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Shah Alam. Bagaimanapun mahasiswa tersebut masih belum dapat dipastikan kehadirannya dikawasan tersebut untuk tujuan kampen atau sebaliknya.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin seperti yang dilaporkan BERNAMA sebelum ini menasihati golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.
Sementara itu dalam perkembangan lain KPT kini sedang dalam proses terakhir untuk meminda perlembagaan universiti yang melibatkan 18 universiti awam itu sebelum meluluskan parlimen mahasiswa.
Mahasiswakini
No comments:
Post a Comment