Tuesday, April 20, 2010

1,464 kemalangan, 30 nahas maut di LPT tahun lepas


KUANTAN 20 April - Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa sebanyak 1,464 kemalangan berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sepanjang tahun lepas dengan 30 daripadanya merupakan kemalangan maut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan, Datuk Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 35 kematian dilaporkan dalam tempoh itu.

Beliau berkata bagi tahun 2008 pula, sebanyak 2,004 kemalangan dilaporkan dengan 36 kematian sementara 1,628 kemalangan berlaku pada 2007 membabitkan 46 kematian.

Sehingga Februari tahun ini pula, katanya sebanyak 251 kemalangan dengan enam kematian dicatatkan berlaku.

"Antara punca berlakunya kemalangan ini adalah kerana kecuaian pemandu, pencerobohan binatang peliharaan yang masuk ke lebuh raya, keadaan permukaan jalan yang licin dan terdapat takungan air semasa hujan lebat selain kenderaan yang diletakkan di lorong kecemasan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu) berhubung jumlah kemalangan di LPT.

Katanya, bagi menangani kejadian tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menempatkan tiga unit peronda lebuh raya (EMPV) khusus bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya setiap hari. - Bernama


Info untuk anda: 2 wakil rakyat PAS berada dalam Dewan Undangan Negeri Pahang iaitu dari DUN Beserah dan DUN Kuala Semantan

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails