Sunday, April 25, 2010

Separuh lagi kapal perang Korea karam dinaikkan


BAHAGIAN depan Cheonan dinaikkan menggunakan kren gergasi di perairan Pulau Baengnyeong, semalam. – AP

SEOUL 24 April – Korea Selatan hari ini mengapungkan separuh lagi kapal perangnya yang karam berhampiran sempadan yang menjadi pertikaian dengan Korea Utara, sebulan selepas satu letupan misteri membelah dua kapal itu dan mengakibatkan 46 anak kapal mati atau hilang.

“Kren gergasi terapung mengangkat bangkai kapal dan meletakkan di atas sebuah tongkang besar di Laut Kuning sebelum pihak tentera mencari anak kapal di dalamnya,” kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Tongkang itu membawanya ke sebuah pangkalan tentera laut di selatan Seoul untuk penyiasatan oleh pakar asing. Bahagian belakang kapal Cheonan seberat 1,200 tan diapungkan minggu lalu dan dibawa ke pangkalan yang sama.

Cheonan sedang dalam pelayaran rutin 26 Mac lalu apabila satu letupan membelah dua kapal itu namun 58 anak kapal diselamatkan sejurus selepas itu. Sejumlah 40 mayat dijumpai setakat ini dengan enam masih hilang.

Korea Selatan menyatakan penyiasatan akan mengambil kira segala kemungkinan tetapi tidak menuduh Korea Utara secara langsung.

Korea Utara menafikan sebarang penglibatan namun wujud kesangsian apabila siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada faktor luaran.

Sementara itu, wakil khas Presiden Barack Obama ke Korea Utara, Stephen Bosworth berkata, hubungan pelbagai hala dengan Pyongyang penting demi mencapai kemajuan penghapusan senjata nuklear negara itu di sebalik kesangsian berhubung insiden yang berlaku.

“Memang kita menghadapi beberapa ketidakpastian jangka pendek sementara menunggu hasil siasatan berhubung punca kapal itu karam,” ujar beliau lagi. – A

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails