KUALA LUMPUR, 18 April: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) selaku badan yang menaungi keseluruhan mahasiswa Islam, menyeru mereka di seluruh negara agar bersama-sama dengan rakyat dan negara turun beramai-ramai di dalam pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata, mahasiswa juga berhak menjadi salah satu agen penentu di dalam pilihan raya kecil tersebut, kerana calon yang akan dipilih rakyat juga bertanggungjawab terhadap isu-isu mahasiswa.
Tambahnya, Gamis juga menyeru kepada seluruh mahasiswa agar tidak ketinggalan bersama-sama rakyat, parti politik, NGO dan sebagainya untuk menyuarakan hasrat mahasiswa serta mengambil peluang daripada amalan demokrasi yang subur di negara Malaysia.
Beliau berkata, tindakan pihak-pihak tertentu, khususnya universiti yang menyekat sesetengah mahasiswa daripada terlibat dalam pilihan raya kecil merupakan tindakan yang cuba menakut-nakutkan mahasiswa daripada bersuara.-harakahdaily
mahasiswa menggugat!!!
No comments:
Post a Comment