Wednesday, April 14, 2010

Kitab Syamail Muhammad-Bab ke-9 keperibadian Rasulullah SAW.



Alhamdulillah,pada malam ini pengajian Kitab Syamail Muhammad di teruskan seperti biasa di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yussaine Yahya,tambahan pula cuaca yang baik bersinar terang di Negeri Perlis.Walaupun sebulan lepas titik yang paling panas di catatkan di kawasan Cuping dengan suhu mencecah 410 Celsius.Namun sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di sini.


Malam ini membincang kan chapter ke-9 berkaitan dengan kehidupan Rasulullah SAW.


Muhammad Bin Sirin meriwayatkan,

Maksudnya: “Suatu hari kami bersama Abu Hurairah r.a yang sedang mengenakan dua pakaian berwarna merah tanah dan terbuat dari katun(sejenis tumbuhan seperti inai).Kemudian Abu Hurairah membuang hingus pada salah satu dari kedua pakaiannya itu.Ia berkata, ‘Wah! Wah!’ Lalu ia kembali membuang hingus pada pakaiannya.Ketika itu,saya tersungkur ke tanah,tepat di antara mimbar Rasulullah SAW dan kamar Aisyah (raudah); saya nyaris pengsan kerana kelaparan kemudian seseorang datang dan meletakkan kakinya di atas leher saya, ia mengira bahawa saya orang gila. Padahal, saya bukan orang gila. Saya hanya kelaparan.” (Riwayat Tirmidzi dan Bukhari).m/s 44


Malik Bin Dinar meriwayatkan,

Maksudnya: “Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah memakan roti ataupun daging sampai kenyang kecuali ketika dhafaf.Malik bin Dinar berkata ,’Saya bertanya kepada seorang Badui,’Apa yang dimaksud dengan dhafaf?’Ia menjawab,’Yaitu ketika seseorang mengonsumi(menjemput makan kenduri) bersama orang banyak.” (Riwayat Tirmidzi).

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa kehidupan Rasulullah dan para sahabat yang sentiasa berada dalam kelaparan,namun dengan semangat dan kebersihan hati serta taqwa yang tinggi kepada Allah SWT Islam berjaya memaut hati-hati seluruh masyarakat Arab ketika itu.Betapa gemilang dan cemerlangnya Islam di sebabkan pergorbanan yang berterusan oleh Rasulullah dan para sahabat sehinggakan pengsan kerana kelaparan yang teramat.Jika para sahabat Rasulullah pengsan kelaparan,kita juga pengsan dengan kekenyangan.

Marilah kita muhasabah tentang diri dan masyarakat kita hari ini,walaupun sentiasa di ulit kekenyangan namun Islam semakin tertindas,lihat lah pada peristiwa-peristiwa yang berlaku sekarang,gejala pembuangan bayi semakin parah.Jika di zaman jahiliah dahulu anak-anak perempuan di tanam hidup-hidup,kini ia nya lebih teruk dengan anak-anak di buang di dalam tandas,di dalam longkang dan yang paling teruk di buang di tempat sampah sarap yang akhirnya di gongong oleh anjing dan biawak.Ini lah wajah-wajah generasi umat Islam sekarang khususnya di negara kita yang di banggakan dengan golongan terpelajar,namun hakikat sebenarnya lebih teruk daripada masyarakat Arab jahiliah.

Apa lagi yang ada pada umat Islam sekarang,jika pemimpin menjadikan duit sebagai tuhan,sanggup membaham rasuah sedangkan mereka adalah golongan cendik pandai.Pemimpin negara ibarat lembu kekenyangan membiarkan Islam di perlakukan sewenang-wenangnya asalkan dapat mengumpul harta kekayaan.


Kupasan dari kuliah maghrib di Surau As-Syafie 14/4/2010

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails