Tuesday, April 20, 2010

Rumput laman universiti hilang


RUMPUT di laman Kolej Christ's di Universiti Cambridge hilang selepas dimakan kumbang kabai.


LONDON - Kombinasi cuaca panas dan trend tidak menggunakan racun serangga menyebabkan bilangan kumbang kabai di Britain meningkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumbang kabai pada kebiasaannya dilihat pada musim panas tetapi ia muncul lebih awal tahun ini dengan menyebabkan satu kawasan di Kolej Christ's di Universiti Cambridge kehilangan rumput baru-baru ini.

Pekerja pusat pengajian tinggi di sini terpaksa menanam semula rumput di laman yang menjadi kebanggaan mereka setelah ia dimakan sejumlah serangga sepanjang 1.27 sentimeter itu yang hidup di dalam tanah.

Serangga itu pertama kali dilihat di universiti berkenaan dua tahun lalu.

"Laman yang dahulunya kemas kini nampak hodoh dan menyebabkan semua orang berasa sedih. Kami perlu melakukan sesuatu kerana laman ini merupakan pemandangan pertama yang anda lihat apabila memasuki kolej ini," kata seorang penolong ketua tukang kebun kolej itu, Lottie Collis. - Agensi-KOSMO

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails