Saturday, April 17, 2010

Komputer mudah alih dalam poket


Telefon bimbit pintar terkini Garmin Asus M10 telah dilancarkan dan berada di pasaran negara ini.

Garmin Asus M10 merupakan telefon pintar pertama dunia yang mempunyai nagivasi GPS dan rangkaian media sosial semuanya dalam satu telefon nipis dan pakej bergaya meliputi telefon pintar, navigasi pintar dan gaya hidup pintar.

Model M10 yang menggunakan Window Mobile 6.5.3 Professional, menjadikannya komputer mudah alih yang muat dimasukkan dalam poket.

Melayari Internet, menonton video, bermain permainan komputer, menghantar e-mel, menulis dokumen yang semuanya boleh dilakukan hanya dengan satu sentuhan skrin 3.5 inci yang mesra pada hujung jari.

Garmin Asus M10 juga serasi dengan Microsoft Exchange membolehkan temu janji, kontak dan e-mel sentiasa berada dekat dengan pengguna.

Keupayaan M10 sama dengan peralatan GPS seperti Garmin 1460 PND memberikan anda kemudahan untuk ke mana saja tanpa bimbang akan sesat atau menghabiskan masa mencari arah jalan.

Disokong oleh teknologi navigasi Garmin GPS canggih walaupun semasa cuaca buruk M10 boleh membetulkan keadaan dalam masa 33 saat yang mana menepati masa satelit dan menjadi peralatan yang sesuai bagi mereka yang sentiasa bergerak.

Dengan paparan 800 x 480 WVGA memastikan peta serta gambar dapat dilihat dengan tepat serta anggaran masa.

Tambahan ciri media seperti MSN Messenger, Facebook widget, YouTube widget dan Picasa Uploader, pengguna boleh mudah menaiktaraf rangkaian sosial dengan maklumat masa sebenar seperti lokasi, gambar dan video yang dirakam menggunakan kamera lima megapiksel.

Bagi pengguna yang suka mengembara, M10 dapat membantu bagi perkhidmatan seperti Ciao!, cuaca dan jadual penerbangan.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails