Thursday, April 22, 2010

Pelajar berserban enggan bertopi kaledar dibebaskan

sabar abe...ambo bersama abe


Mahkamah Majistret Tumpat hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu. Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd Halim, 22, Ahmad Hafiz Shaari, 24, Mohd Hafizul Mohamad, 22, Mohd Azam Mohd Arifin, 24, dan Che Mohd Noor Che Soh, 28, kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata. Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di Tumpat ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ketika di luar mahkamah, Mohd Hafizul berkata mereka tidak menyangka akan dilepaskan sebaliknya akan dikenakan perintah denda atau penjara. "Jadi kami sangat terkejut dan gembira dibebaskan oleh majistret dan keadilan telah ditegakkan oleh mahkamah," katanya.

Terdahulu itu, sebelum memasuki mahkamah, lebih 50 rakan mereka yang turut hadir sempat membacakan doa selamat. Kelima-lima pelajar itu diwakili peguam Amir Syafiq Venkadesh Narayanan manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa ASP Mohd Azmi Mohd Ali.

komen: jom kita pakat berserban...menghidupkan sunnah di zaman ini dapat pahala 100 orang syahid.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails