Saturday, April 24, 2010
Kitab: Al-Quran sebagai mukjizat terbesar Rasulullah SAW.
Subtopik: Ilmu Qiraat (bacaan) dalam Al-Quran.
Ilmu qiraat ini mula diperkenalkan dan diajarkan secara meluas bermula daripada zaman tabi'in (mereka yang pernah berjumpa/hidup dengan para sahabat Rasulullah SAW). Secara umumnya, terdapat 7 jenis bacaan (qiraat) Al-Quran. Di sini ustaz menceritakan bagaimana ilmu qiraat ini mula diajar secara meluas dan mengapakah ia diperkenalkan.
Di zaman Rasulullah SAW, wahyu Al-Quran diturunkan secara lisan dan Baginda Rasulullah SAW sendiri mengajar para sahabat Al-Quran berdasarkan lisan (kekuatan mengingat yang tinggi). Subhanallah.. betapa hebatnya ingatan para sahabat ketika itu..mereka hanya mendengar daripada Rasulullah SAW secara lisan dan berkemampuan pula mengajarkan Al-Quran ke serata tempat.
Kemudian, setelah kewafatan Baginda Rasulullah SAW, di zaman Khalifah uthman bin 'Affan, beliau mula menghimpunkan ayat2 Al-Quran dalam bentuk tulisan dan menjadi sebuah kitab. Beliau berbuat demikian kerana untuk mengelakkan perselisihan pendapat dan pandangan ummat Islam pada waktu itu berkenaan dengan Al-Quran serta memudahkan ummat Islam untuk membaca. tetapi Al-Quran yang dihimpun dan dikitabkan pada zaman itu masih ditulis tanpa baris.
Bermulanya pada zaman akhir pemerintahan Abassiyyah, Ada seorang ulama' bernama Abu 'Aswad Ad-Duali telah terdengar bacaan seorang muslim yang sedang membaca Al-Quran dengan bacaan yang salah. lalu beliau dan beberapa sahabatnya mengambil inisiatif untuk membariskan ayat-ayat dalam Al-Quran dengan tujuan supaya orang-orang arab dan orang-orang ajam(bukan arab) dapat membaca al-quran dengan baik dan betul maknanya.
Walaupun ayat-ayat dalam Al-Quran itu telah dibariskan, akan tetapi ia boleh dibaca dengan 7 jenis qiraat(cara bacaan). untuk pengetahuan semua, perbezaan dari segi cara bacaan (qiraat) tidak membawa kepada perubahan makna dalam al-quran. ia cuma perbeza dari segi bunyi dan panjang-pendek sesuatu bacaan dan perbezaan qiraat ini hanya pada ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran, bukan keseluruhan isi al-quran.
terdapat khilaf pandangan ulama' berkenaan dengan hadith mengenai qiraat ini.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana yang mudah daripadanya.”(HR Bukhari dan Muslim).
Pandangan 1: 7 huruf itu bermaksud 7 jenis bahasa. Ia ditolak kerana hujah tidak kuat.
Pandangan 2: 7 huruf itu bermaksud 7 uslub. juga ditolak kerana hujah yang tidak kuat.
Pandangan 3: 7 huruf itu bermaksud 7 jenis bacaan quran. diterima.
hujah ini juga diperkuatkan lagi dengan 1 peristiwa:
Umar Al-Khattab terdengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh seorang pemuda bernama Haris. pemuda itu membaca dengan 7 jenis bacaan yang berbeza-beza. lalu Umar mendapatkan pemuda itu lalu bertanya, mengapa kamu menbaca Al-Quran dengan bacaan yang berbeza-beza? lalu pemuda itu menjawab; Rasulullah SAW yang telah mengajar aku dengan 7 jenis bacaan Al-Quran.
untuk memudahkan kita memahami, perkara berkaitan qiraat ini merupakan khilaf di kalangan para ulama'. dan tidak perlu untuk kita menjadikan ia sebagai satu perbahasan dan pertikaian yang serius, kerana apa yang paling utama bagi setiap muslim itu ialah belajar membaca dan memahami isi Al-Quran serta mengamalkannya. ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna. (Surah al-Ra'd: 19).
~selain itu, ustaz juga memberitahu bahawa membaca Al-Quran mestilah menggunakan bahasa arab. ini kerana Al-quran itu sendiri menggunakan bahasa arab yang paling halus susunannya dan paling cantik di dunia.
~tips untuk melembutkan lidah agar lidah kita menjadi mudah untuk membaca Al-Quran:
1. Melazimi membaca Al-Quran walaupun hanya satu ayat.
2. Membaca di waktu pagi. sememtara menunggu waktu subuh @ selepas solat subuh. waktu pagi merupakan waktu paling sesuai untuk melembutkan lidah dengan bacaan Al-Quran.
3. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah akan mudahkan kita untuk membaca Al-Quran dan memahami isi Al-Quran.
~satu lagi, Al-Quran juga hendaklah ditulis dengan tulisan dan bahasa arab. TIDAK BOLEH ditulis dengan tulisan bahasa lain. ada sesetengah ulama' berpendapat ia diharuskan sementara jika orang itu tidak pandai langsung untuk membaca Al-Quran. akan tetapi sekiranya dia sudah belajar dan boleh membaca, secara otomatiknya tulisanbahasa lain tersebut harus dipadam.
~ustaz ada bagi tips untuk menjaga keselamatan rumah dan keluarga kita. caranya, tuliskan perkataan:
pada satu kertas atau papan. tuliskan sebanyak 35kali. kemudian, gantungkan di dalam rumah kita. insyaAllah, dengan pertolongan Allah, rumah kita akan dilindungi daripada segala macam unsur jahat, pencuri dan sebagainya.
~semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan sedikit ilmu yang dikongsi ini bersama..maaf jika ada kekurangan dan kelemahan.
Oleh: Ustaz Zamzuri Yaakob
Editor: Ustazah Siti Zaniza Hj Tohar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment