KUALA LUMPUR, 1 Jan: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menarik diri sebagai panel Forum Terbuka: E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Universiti anjuran Gabungan Mahasiswa Membantah e-Voting (BANTAH).
Melalui email yang diterima penganjur dua jam sebelum program bermula, Abdul Aziz memberitahu beliau terpaksa berbuat demikian ekoran mendapat surat amaran daripada pentadbiran UIA.
Selain itu, publisiti yang negatif berhubung program tersebut turut mendesak beliau supaya tidak menyertai forum itu.
"Saya tidak dapat hadir disebabkan situasi publisiti yang negatif dan surat amaran dari UIAM," dipetik dari email yang diihantar oleh Abdul Aziz.
Mengambil teladan dari layanan Universiti Malaya ke atas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad beberapa bulan lalu, Abdul Aziz berkata, beliau terpaksa mengambil sikap tidak terlalu menonjol.
"Saya teringat apa yang berlaku pada YB Nik Nazmi tempoh hari, dia ahli politik tapi saya masih terikat dengan kontrak Universiti," jelasnya.
"Eloklah saya bersikap 'lowprofile' dulu buat masa ini."
Beliau turut memohon maaf kerana terpaksa menolak program sebegini.
"Seingat saya, inilah kali pertama saya menolak pelawaan progrm sebegini," jelasnya.
Dalam perkembangan yang sama, sekumpulan mahasiswa terpaksa meneruskan forum tersebut di tapak letak letak kereta pensyarah.
Forum tersebut kemudiannya berpindah ke koridor APIUM disebabkan hujan.
Semalam, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mengarahkan BANTAH membatalkan forum tersebut.
Harakah Daily

Salam,
ReplyDeleteLain timb.menterinya cakap lain pula Universitinya buat.Malam tu di AWANI YB Salehuddin bersama timb Menteri berhujah macam dah bagus sangat.Tidak mahu mahasiswa disekat bawah AUKU.Bebaskan mahasiswa tidak mahu jadi seperti murid tadika.Pensyarahnya tidak mahu jadi seperti guru sekolah rendah.