Ketika negara lain bergembira dengan sambutan tahun baru 2010 dengan upacara yang penuh gilang-gemilang,di Malaysia juga suasana itu agak suram kerana angkara kerajaan Malaysia yang menghadiahkan kepada semua rakyatnya dengan menaikkan harga gula.Jika dulu rakyat marah dan memaki hamun kerajaan kerana menaikkan harga minyak dengan terlalu kerap,maka kerajaan mengambil pengajaran dengan suasana itu.Sejurus dengan kenaikkan harga minyak seketika dulu,kerajaan berkata terpaksa menaikkan harga minyak kerana stok simpanan minyak negara sudah berkurangan dan juga pasaran minyak dunia melonjak pada paras yang tinggi,itulah alasan dan ulasan yang di berikan kepada rakyat agar jangan ‘naik minyak’ kepada apa yang kerajaan sudah lakukan.
Maka begitu juga pada hari ini,dengan kenaikkan harga gula kerajaan berkata gula tidak elok untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan sebagainya,dari sudut ini mungkin betul tindakan kerajaan yang di kelolai oleh pemimpin yang separa bodoh.Sepatutnya kerajaan tidak perlu menaikkan harga gula kerana gula tidak elok untuk kesihatan,tetapi kerajaan harus perhebatkan kempen untuk memberitahu kepada rakyat bahawa gula tidak elok kepada kesihatan.Kerajaan mempunyai semua sumber penerangan seperti TV,akhbar dan sebagainya,namun kerajaan tidak menggunakan sumber itu untuk rakyat.Malah kerajaan menggunakan sepenuhnya TV bagi menyerang dan memperbodohkan rakyat dengan berita bohong mengenai kerajaan pembangkang dan kepentingan jentera parti mereka.
Apabila rakyat bersuara melalui media alternative seperti menggunakan blog dan lain-lain kerajaan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya.Itulah wajah hodoh pemimpin yang rakus menggongong harta dan wang rakyat.Isu kenaikkan harga gula sengaja di sebar luaskan oleh kerajaan dan sebilangan besar blogger,namun sebenarnya strategi licik kerajaan adalah untuk menutup kes-kes besar yang berlaku dalam negara seperti isu kehilangan enjin jet dan isu PKFZ.
Sepatutnya para blogger perlu mendedahkan dan mengaitkan semua isu yang berlaku dalam negara untuk di sebar luaskan kepada rakyat.Jika harga gula naik RM0.20 terlalu besar pada pandangan mata kita,apa mungkin isu hilangnya enjij jet yang bernilai RM50 Juta di senyapkan terus di dada-dada akhbar keluaran kita dan blog-blog yang pro kepada rakyat kerana sibuk dengan kenaikkan harga gula.
bersambung
No comments:
Post a Comment