Pelik bin ajaib bila UMNO bertanya kepada rakyat dan parti pembangkang berkenaan orang Melayu Pulau Pinang terpinggir di sebabkan DAP berjaya menubuhkan kerajaan negeri itu pada tahun 2008.Maka UMNO pun berkokok dengan kuat menjadi juara kepada orang Melayu Pulau Pinang,tapi yang peliknya kenapa masa ini baru UMNO hendak mengambil berat kepada orang Melayu Pulau Pinang?Adakah sebelum ini mereka berasa bersalah tidak mengambil cakna pada era pemerintahan parti Gerakan sebuah parti dalam komponen BN yang cukup lama menguasai negeri itu?
UMNO adalah sebuah parti yang mengepalai negara sejak merdeka sepatutnya UMNO tidak mengeluarkan kenyataan yang bodoh seperti ini yang menyalahkan orang lain berkaitan isu orang Melayu Pulau Pinang,sedangkan merekalah yang patut di tanya oleh oleh rakyat kenapa orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dan apa yang hangpa duk buat selama ini pada orang Melayu Pulau Pinang semasa Gerakan memerintah.Amat malang kita mempunyai pemimpin seperti pemimpin UMNO yang dok rok cetong dan menyekat revolusi minda di kalangan bangsa Melayu.
Jelas UMNO bukannya seperti yang kita saksikan pada kaca TV 3 suku dan RTM,cakap bukan main berapi membela orang Melayu,tapi sebenarnya penghalang utama bangsa Melayu untuk mencapai kemajuan.Buktinya lihatlah apa yang telah UMNO telah lakukan pada rakyat Kelantan,mereka telah di nafikan hak puluhan tahun,di balun dan di belasah saban hari oleh TV dan media cetak milik mereka,kerana marahkan kuasa pemerintahan bukan miliknya tapi milik parti PAS.
Bukti terbaru adalah isu royalty yang telah di khianati oleh pemimpin UMNO Kelantan iaitu Musatafa Mohamad dan Awang Adek yang telah menyebelahi kerajaan pusat untuk bermati-matian menyekat wang royalty ini kepada kerajaan PAS Kelantan.Mereka mengatakan Kelantan tidak ada telaga minyak dan gas hakikatnya bukti bergambar menceritakan segala kebenaran penipuan yang telah UMNO buat dan di sebarkan melalui media massa bahawa Kelantan tidak mempunyai minyak.
Akhirnya baru-baru ini Musatafa Mohamad telah mengagihkan wang ehsan (di Terengganu di sebut wang ehsang) pada pelajar-pelajar sekolah dan rakyat Kelantan,sedangkan dulunya dial ah yang berkata bahawa Kelantan tiada minyak.Memang muka tak malu puak-puak ni,cakap berbelit-belit.Itulah yang terpaksa di telan oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya,negara memiliki kekayaan yang melimpah ruah dan meleleh dengan banyaknya,namun pemimpin negara yang menggemukkan perutnya dan mengkurus-keringkan rakyatnya.
Apabila pengurusan syarikat-syarikat mega negara diambang kemuflisan,maka datanglah semboyan yang di tiup oleh pemimpin negara kita bahawa rizab minyak hanya boleh bertahan beberapa tahun sahaja lagi,lalu mereka menggeletek rakyat dengan isu-isu yang tidak sepatutnya di buat oleh pemimpin negara,maka rakyat di bebankan dengan kemuflisan syarikat mega negara ini Felda,Sime Darby dan banyak lagi syarikat kroni yang patut di selamatkan dan didahulukan daripada rakyat.Apa yang pasti rakyat terpaksa menternak kerajaan di kandang Putrajaya,harga minyak dan gula di naikkan supaya rakyat tidak terkena kencing manis dan sebagainya,jawapan yang paling dangkal yang di keluarkan oleh mereka di kelas atasan pemimpin negara kita.
UMNO menunggu isu yang kukuh sebelum menetapkan tarikh mengejut untuk PRU ke-13,isu Teo yang memasuki surau tidak lagi kemas untuk menembak pemikiran rakyat,malah isu ini memerangkap UMNO dalam arus kejahilan.Rakyat mula perasaan bahawa UMNO lebih awal mamasuki surau dan masjid sebelum Teo dan baru-baru ini Teo telah berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz berkaitan serangan peluru tabur dari UMNO kepada dirinya,maka TGNAN menjelaskan semua itu,lalu UMNO terpana dengan gambar Puan Ros dan Kamalnathan juga di buat bacaan yassin semasa PRK Hulu Selangor tempoh hari.Isu ini tidak berjaya,malah menyebabkan UMNO gagal secara berangkai mengembalikan kepercayaan rakyat pada parti keris yang tidak bersarung itu.
Kini UMNO begitu malu tahap gaban,lalu UMNO menggunakan kelongsang lama iaitu Zainuddin Maidin untuk menyerang Parti PAS berkaitan isu Tunku Abdul Rahman dan konfrontasi dengan Indonesia seketika dulu,saudara boleh membaca secara lanjut di blog-blog Pakatan Rakyat untuk mengetahui secara mendalam.Tindakan pantas daripada Dewan Pemuda PAS Negeri di Malaysia menyaman Zainudin Maidin berkaitan fitnah yang telah di tujukan pada parti PAS.
Cuma saudara pembaca boleh melihat teknik dan cara UMNO adakah terus begini atau UMNO bakal di terajang pada PRU ke-13?
Bersambung.......
Sumber: Bahagian Unit Politik kekoh.blogspot
No comments:
Post a Comment