Saturday, September 4, 2010

Warga emas mati terikat


MUSA menunjukkan rumah di mana seorang jiran menemui mayat Esah (gambar kecil) dalam keadaan tertiarap di Pantai Remis, Taiping kelmarin.


TAIPING - Seorang warga emas bukan sahaja ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat pada kaki katil malah mukanya tersembam ke lantai selepas disamun dalam kejadian di Kampung Tebuk Permatang Raja, Pantai Remis dekat sini kelmarin.

Mayat Esah Rejab, 64, juga ditemui tanpa pakaian dan hanya dibaluti sehelai selimut oleh jirannya yang juga pemilik rumah yang disewa mangsa pada pukul 4.10 petang tertiarap di depan pintu bilik tidur.

Esah tinggal bersendirian di rumah itu selepas suaminya seorang bekas anggota tentera meninggal dunia tahun lalu.

Menceritakan semula penemuan itu, ketua kampung, Musa Mustafa, 58, berkata, semua barang dalam rumah termasuk set gigi palsu mangsa berselerak akibat digeledah penjenayah.

"Ketika ditemui, kepala mangsa tersembam ke lantai, tangan dan kakinya diikat pada kaki katil menggunakan wayar lampu manakala mulutnya disumbat dengan selendang," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.KOSMO


KOMEN: lagi kematian di catatkan...sampai bila kita perlu hidup dalam suasana yang tidak selamat...persoalannya adakah negara kita sudah di kawal oleh gengster dan penjenayah?di mana pihak keselamatan negara kita?di mana?di mana?adakah selepas ini keluarga kita pula yang akan menjaga mangsa?

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails