Di sebuah Bandar terpencil terdapat sebuah kedai menjual pelbagai jenis burung.Namun begitu ada seekor burung kakak tua yang petah berbicara hasil didikan penjaganya.Burung kakak tua sentiasa sebut perkataan “Tidak Syak Lagi!”.Akhirnya pekedai itu mengambil keputusan untuk menjual burung itu bagi membesarkan lagi kedainya.Maka di meletakkan sangkar itu di hadapan kedainya dengan menulis iklan berbunyi “BURUNG YANG BOLEH DI AJAK BERBUAL”.
Pada suatu hari datanglah seorang pelanggan yang bernama Najib yang berminat sangat akan kecantikan dan kepetahan berkata-kata burung kakak tua itu,maka dia pergi berjumpa pekedai untuk membeli burung tersebut.Pekedai menjawab harga burung tersebut RM5000.00 je,”kenapa mahal sangat awak jual burung ini?” Tentulah mahal kerana burung ini petah berkata-kata,”jawab pekedai itu.Apabila di tanya pada burung kakak tua itu “adakah kamu pandai”,ternyata benar burung itu spontan menjawab “Tidak Syak Lagi”.Akhirnya Najib membeli burung itu dengan harga RM5000.00 kerana kekaguman membalas soalan yang di ajukan.
Selang bebberapa hari kemudian,kegembiran dan kekaguman Najib terhadap burung kakak tua itu bertukar duka nestapa.Apa tidaknya,setiap soalan yang di tanya pasti burung itu menjawab “Tidak Syak Lagi”,Setelah merasa dirinya di tipu oleh pekedai itu,Najib mengeluh panjang di hadapan burung tersebut dengan berkata; “Bodohnya aku membeli kau,wahai burung kakak tua,”Lantas burung itu menjawab “Tidak Syak Lagi!!!.”
Pesanan: Iklan biasanya nampak hebat,tetapi produk tidak seberapa,maka jangan mudah tertipu dengan iklan yang sedemikian.Ambillah pengajaran dari seorang pengguna yang popular “Tipah tertipu bang.”
No comments:
Post a Comment