Thursday, March 18, 2010

Tanah “Ditipu”: Mahasiswa Memihak Orang Asli

17 Mach: Putrajaya: “Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati’, ‘Jangan Hapuskan Akta Kami’ dan ‘Iktirafkan Wilayah Adat Kami’ itu antara suara lebih 2000 masyarakat orang Asli yang berhimpun di perkarangan Putrajaya untuk menghantar memorendum bantahan berhubung Dasar “Pemberi Milikan” tanah kepada orang asli kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sembilan perkara yang digariskan dalam memorandum itu antaranya menyebut, dasar berkenaan diluluskan tanpa melibatkan rundingan dengan masyarakat Orang Asli dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan.Selain itu, turut menuntut agar dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.


Dasar tersebut menyatakan hanya tanah seluas enam hingga lapan ekar sahaja diberikan kepada ketua isi rumah. Sedangkan Masyarakat Orang Asli menuntut agar semua tanah yang dibuka oleh nenek moyang mereka sebelum ini diberikan milik kepada mereka dan bukan enam atau lapan ekar sahaja seperti yang terkandung di dalam dasar tersebut.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Sehubungan dengan perkara itu, Pro Mahasiswa bertindak untuk memihak kepada masyarakat orang asli, agar hak mereka dikembalikan. Pro Mahasiswa juga, bersedia untuk menjadi suara kepada masyarakat orang asli, untuk memperjuangkan kelemahan dasar yang dikemukakan oleh kerajaan ini.


sumber:promahasiswa

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails