Thursday, March 25, 2010

Travelog kehidupan 1:Layang-layang terputus talinya


Hanya tinggal satu bulan lebih sahaja lagi,Insya Allah dengan Izin-Nya aku akan menghabiskan Ijazah Marin yang ku ambil selama 3 tahun sudah.Berhempas pulas bangkit dari badaian ombak deras cukup mengajar aku erti kehidupan seorang pejuang.Aku bukan orang yang layak di gelar pejuang kerna tiada apa sangat sumbangan yang dapat aku berikan jika nak di bandingkan dengan abang-abang dan kakak-kakak alumni yang mendambakan dirinya totally di atas bahtera perjuangan ini.

Mereka dapat melaksanakan segala teori yang telah di ambil semasa di kampus dulu,tapi aku bimbang mehnah dan tribulasi yang bakal mengigit apabila aku berhadapan dengan alam pekerjaan belum tentu aku dapat melepasinya.Namun dalam jiwa kebimbangan ini aku tetap mengharapkan sahabat agar jangan melepaskan tanganku dari landasan perjuangan ini.Hatiku sentiasa minta doa pada Nya di saat dan detik-detik pengakhiran aku sebagai mahasiswa.

Sesekali nostalgia lama berpusing dalam fikiranku,aku cukup berterima kasih pada naqibku yang membawa aku mengenal erti sebuah perjuangan di dalam pedalaman sana.Tahun 2004 bermula siri baru dalam hidup ku sebagai seorang pengembara ,dengan kelulusan yang kurang bagus aku di terima mengambil bidang perkayuan,lalu ku sujud pada-Nya meminta yang mana jalan yang patut aku pilih,adakah aku terus berada di kampong menadah kitab-kitab kuning bersama guruku yang amatku sayangi iaitu Tuan Guru Zainuddin Al-Bayasi atau aku perlu menyambung dalam bidang perkayuan yang telah lama aku idamkan ini.Seminggu aku dalam dilema,akhirnya cita-cita aku untuk terus menadah kitab kuning bersama guruku terhenti seketika selepas 4 tahun sudah mengikutinya ke mana sahaja.Hasrat besar ingin memasuki pondok seterusnya berbakti pada masyarakat kampong ku di Negeri Terengganu sedikit demi sedikit menjadi layu.

Namun kini aku telah memilih bidang perkayuan di salah sebuah tempat pedalaman negeri Pahang.Pertama kali aku sampai sejauh itu dalam hidupku,terasa nyaman sekali menghirup alam baru.Suasana pagi di pedalaman berkabus tebal walaupun matahari mula merangkak tinggi,mungkin ilmu tentang perkayuan ini boleh aku sampaikan kepada ayahku sebagai seorang tukang kayu.

Aku kini mewarisi kelebihan ayahku itu,sekurang-kurangnya aku akan menjadi Tukang kayu moden yang bakal menguruskan hutan dan pepohon daripada kerakusan manusia yang semakin menggila.

Apabila aku merenung kembali sejarah hidupku,terasa manis sangat ketika berada di sekolah rendah,pulang dari sekolah terus mencapai layang-layang pemberian jiranku,hatiku sangat gembira melihat layang-layang terbang tinggi.Sesekali kapal terbang muncul di celah awan putih,aku dan rakan-rakan mula memanggil “kapal terbang...kapal terbang...aku di sini”,aku dan rakan-rakan ku memanggil sekuat hati,namun ia hilang di celah-celah awan sayup-sayup itu.Semenjak dari itu aku mula belajar membuat layang-layang dan akhirnya aku boleh melakukanya tanpa bantuan sesiapa pun,kini aku belajar pula membuat wau bulan yang menjadi permintaan ramai,selepas berkali-kali mencuba aku berjaya juga menghasilkannya dan terus mendapat tempahan daripada rakan-rakan ku.Tahun 1998 adalah tahun paling berprestij dalam kamus hidupku kerana pada tahun itu,semua penduduk kampong terlalu taksub pada permainan wau ini,sehinggakan aku tidak menang tangan menerima tempahan wau bulan.

Selepas terasa jemu membuat wau bulan aku mula belajar membuat wau kucing,wau puyuh,wau burung,wau jala budi dan wau orang semua itu mendapat tempahan yang menggalakkan daripada penduduk kampong.Namun dalam banyak-banyak wau yang telah di buat wau burung helang paling mendapat sambutan kerana wau itu boleh menggibaskan sayapnya di udara.Apa yang pastinya 12 tahun sudah berlalu semua itu,kini aku tidak lagi membuat wau seperti itu,aku pun tidak pasti samaada aku masih mampu membuat wau di usia sekarang ini............................bersambung

Travelog kehidupan 2>>bersama datuk turun ke sawah

Taman Bersatu

11.30 pm

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails