Setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata, setelah membuat promosi melalui pelbagai cara, ribuan umat Islam akan berarak ke kedutaan Sweden di Jalan Ampang selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
Kamaruzaman berkata, dalam perhimpunan esok, mereka akan berkumpul sekitar bangunan Tabung Haji dan berarak beramai-ramai ke kedutaan berkenaan kira-kira 1 kilometer.
Minggu lalu, demonstrasi tersebut yang sepatutnya diadakan pada 19 Mac ditangguhkan “disebabkan masalah teknikal dan perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan”.
Katanya, dengan mengulangi kesilapan tersebut, Sweden juga “seakan-akan mahu mengajak umat Islam berperang”.
Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.
Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.
Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.
Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.
sumber: malaysiakini
No comments:
Post a Comment