Tajudin berkata Umno berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu, dan turut menyebut nama Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan.
Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.
Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.
Tindakan Tajudin ketika membahas titah menjunjung ucapan Yang di-Pertuan Agong itu mengundang Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) untuk mencelah dan mencabarnya membaca nama yang tersenarai dalam kedudukan ke-20 dan 40 dalam senarai tersebut.
Menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business, Mokhzani tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia.
Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Nazir dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.Ketika meneruskan ucapannya, Tajudin berkata pembangkang bertindak demikian kerana iri hati dengan kekayaan yang diraih oleh orang-orang Umno.
"Dengan menyebut nombor 20 dan nombor 40, itu diungkit seolah-olah bila anak perdana menteri, adik perdana menteri mesti papa kedana," katanya yang turut meminta pemerhati di galeri awam supaya menilai kelakuan yang ditunjukkan oleh Mahfuz itu.
sumber: malaysiakini
No comments:
Post a Comment