Friday, April 2, 2010

Gugurnya bunga angsana...


Bunga Pohon Angsana mula keguguran di kiri kanan jalan dengan secubit wangian menusuk masuk ke dua rongga ini, laungan azan subuh mula bergema di sana sini memanggil manusia agar segera menuju ke masjid untuk sujud pada-Nya.Embun pagi mula bersiap-siap untuk berangkat pergi sedikit demi sedikit sebelum mentari muncul menyapa bumi ini.

Sejak petang kelmarin hujan turun mencurah-curah di negeri utara ini,sesekali dentuman kecil mula menjerkah penduduk bumi,sudah lama hujan tidak menyentuh permukaan bumi di utara ini.Namun tiba-tiba turun dengan lebat setiap petang beberapa hari kebelakangan ini.Pepohonan mula menunjukkan keceriaan menyambut kedatangan sang hujan yang sudah lama menyepi.Mentari terik terus membidik penghuni bumi sebelum ini terpaksa akur pada perintah-Nya bahawa tugas menceriakan bumi bakal di ambil alih oleh sang hujan seketika nanti.Guruh mula memalukan ngaumannya selama beberapa minit,akhirnya hujan memulakan tugasnya hakiki dengan Izin dari-Nya.Sehari sang hujan menerjah bumi yang ketandusan ini,maka sang rumput pun mula menonjolkan dirinya,menerbitkan tunas-tunas baru yang hijau di bawah pohon angsana,hamparan rerumput seluas padang bola cukup mendamaikan hati yang sudah lama kehilangan sehijau warnanya ini.

Allah SWT Maha Berkuasa menciptkaan kedamaian untuk makhluknya,tidak biasa di ungkapkan dengan kata-kata,mata melihat semuanya itu terus mulut berzikir memuji-Nya.Apatah lagi malam ini baru sahaja selesai mendengar sirah perjalanan hidup dan perjuangan Nabi yang di bawa oleh Prof Dr Aziz Hanafi di sini,menggerakkan para jemaah ke zaman itu.Di mulai dengan Perang Tabuk seolah-olah kita berada dan merasai suasana itu,satu pengembaraan minda yang cukup berjaya di dalam siri perjalanan sirah nabi ini,hati ini mula kemanjaan kerana di sinilan ujian yang paling besar menimpa Nabi,Saidatina Aisyah mula di fitnah selepas kepulangan ke Kota Madinah dari medan Tabuk yang di bawa oleh Abdullah Bin Ubai Bin Salor Bin Bahlol (tambahan).Nabi mula berhadapan dengan cacian orang ramai sehingga turun surah membersihkan semua tohmahan dan fitnah itu.Tidak sedar aliran air mata mula menerbit perlahan-lahan terjun dari kelompak dua mata jatuh di atas buku catatan ini terus meresap kehelaian sebelah mungkin menjadi bukti dan saksi cintanya diri ini pada Nabi SAW.

Muhammad Hafizul Abdul Ghani

Taman Bersatu

8.14 am



No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails