Friday, April 2, 2010

Prof Ismail Hussein terima anugerah budaya akhbar Jepun


KUALA LUMPUR, 2 April — Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussein telah menerima Anugerah Budaya Seikyo dari Seikyo Shimbun, akhbar harian terkemuka Jepun.

Anugerah itu diberikan kepada tokoh yang berjasa dalam pengembangan kebudayaan, pendidikan dan pendamaian dunia.

Menurut kenyataan Gapena di sini hari ini, anugerah telah disampaikan kepada Ismail oleh Timbalan Presiden Soka Gakkai Internasional (SGI), Hiromasa Ikeda, yang mewakili Dr Daisaku Ikeda, Presiden Kehormat Seikyo Shimbun, di ibu pejabat akhbar itu di Tokyo semalam.

Turut hadir pada majlis itu Duta Malaysia ke Jepun Datuk Md Som Shaharuddin.

Pada majlis yang sama, Ismail turut menyampaikan Anugerah Tokoh Penyair Antarabangsa Gapena kepada Dr Daisaku Ikeda, Presiden SGI, kerana sumbangan berterusannya melalui puisi dalam usaha melestarikan alam sekitar dan pendamaian dunia sejagat.

Ikeda adalah tokoh antarabangsa yang pertama menerima anugerah itu, yang diterima bagi pihaknya oleh Hiromasa Ikeda. — Bernama

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails