Wednesday, January 13, 2010

Apabila Pak Najib buta teknologi


Pak Najib telah menebang pokok selama 35 tahun,Pak Najib seorang yang hebat dalam ilmu penebangan pokok-pokok berskala besar.Setiap hari Pak Najib boleh menebang 6 batang sehari menggunakan kapak dan tali.Pada suatu hari seorang kawan Pak Najib yang bernama Pak Muhyidin telah memberitahu bahawa jika Pak Najib mahu meningkatkan jumlah penebangan pokok sehari mestilah menggunakan teknologi.Maka Pak Muhyidin mengesyorkan kepada Pak Najib mesin penebangan iaitu chain saw.

Sejak Pak Muhyidin memperkenalkan chain saw,Pak Najib tidak lagi menggunakan tali dan kapak.Pada suatu hari Pak Najib cuba menebang sebatang Pokok Merawan Siput Jantan (hopea spp) dalam keluarga Dipterocarpacea satu keluarga dengan Pokok Cengal (Neobalanocarpus heiimi).Kegembiraan yang di harapkan bertukar kehampaan kerana tidak ada sebatang pokok pun yang tumbang.

Keesokkan harinya Pak Najib pergi menghantar chain saw itu ke kedai yang terletak di Bandar Pekan.

Pak Najib : “Encik,kawan saya kata apabila guna mesin ini,boleh tebang pokok dalam jumlah yang banyak,tapi bila saya guna untuk tebang pokok sebatang haram jadah tidak tumbang.”

Penjual : “ok,biar saya periksa dulu.”lalu ditariknya tali mesin itu,maka mesin itu pun hidup dan berbunyi dengan kuatnya.

Pak Najib : “eh...eh...eh,gergaji ini boleh hidup dan berbunyi rupanya.”

Pesanan : Pak Najib pun...nak start pun tak reti,jangan lah jadi buta teknologi Pak Najib oii.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails