Sunday, January 17, 2010

E-Voting


Apa Itu E-Voting ?

Sistem baru yang diperkenalkan oleh pihak pentadbiran UM dan telah digunapakai secara total di UIA iaitu kaedah pengundian menggunakan sistem komputer. Mahasiswa/i tidak perlu lagi menggunakan kaedah lama dengan memangkah di atas kertas undi tetapi hanya dengan mengklik sahaja nama-nama calon yang dirasakan layak dan submit. Amat mudah tetapi implikasi penggunaan ini amat tidak besar dan mengundang seribu macam persoalan di peringkat gerakan mahasiswa.

Tetapi, inilah sistem yang bakal menggepalai sistem demokrasi kampus sedikit masa sahaja lagi bilamana PRK tiba. Kita menyedari bahawa sistem e-voting ini amat cepat dan mudah dan keputusan penuh pula akan diketahui seawal mungkin tetapi persoalan yang timbul ialah di mana ketelusan dan keadilan mahasiswa??.. Jika benar ingin melaksanakan sistem ini pihak pentadbiran UM perlulah menyatakan seperti berikut :

  1. Menyenaraikan dan memaparkan nama-nama pegawai atau kakitangan yang terlibat di dalam mengawasi dan menyelia sistem E-Voting ini.
  2. Keputusan dari semasa ke semasa juga perlu dipaparkan agar semua mahasiswa/i dapat melihat dan membuat perkiraan di peringkat mahasiswa.
  3. Membenarkan wakil dari setiap gerakan mahasiswa samada Pro-Mahasiswa atau Gerak sebagai pemerhati terhadap perjalanan sistem ini sewaktu perkiraan undi.

Teluskah Sistem E-Voting??

Persoalan ketelusan atau tidak sistem ini tidak dapat dijawab oleh Mahasiswa selagi mana sistem ini secara total dikawal oleh pihak HEP dan rakan-rakannya. Tetapi di sana, mahasiswa boleh menyatakan pandangan dan pendapat terhadap sistem ini bagi mendapatkan kepuasan dan ketelusan kerana ini melibakan masa depan Universiti dan Mahasiswa secara khusus. Kita tidak menginginkan mahasiswa ditipu dlu, ditipu sekarang, ditipu untuk selama-lamanya.

Pihak pentadbiran perlulah mengendalikan proses yang baru ini kelak dengan ketulusan yang saksama. Tetapi ketelusan yang diinginkan amatlah pudar dan kabur jika padang yang dibuat tidak sama rata. Biarlah Pihak Pentadbiran hanya menjadi pengadil perlawanan yang adil dan saksama dan bukan menjadi pengadil serta penyokong sesetengah pihak lain. Teluslah di dalam melaksanakan sistem ini dan jika tidak mampu untuk memberikan 100% ketelusan yang mahasiswa/i inginkan maka kembalilah kepada sistem yang lama. Lama tidak beerti kuno dan ketinggalan zaman, bahkan lama juga yang mencorakkan perubahan dan ketamadunan.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails