Ada beberapa sebab mengapa saya menyukai novel Gerila oleh Lukman Iskandar, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebab yang pertama dan utama ialah kerana ianya kategori genre thriller aksi tempur. Sebab kedua ialah kerana ianya mengisahkan perjuangan Angkatan Bersenjata Republik Islam Patani (ABRIP) melawan penjajahan Thailand dan teroris Parti Komunis Malaya (PKM).
Buku ini merupakan antara beberapa buah fiksyen terbitan PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang diperjuangkan oleh penerbit. Saya gembira dan mengucapkan tahniah kepada PTS.
Secara umum, narasi penulis umpama air deras. Namun ada ketikanya terhalang oleh ‘batu-batu besar di sepanjang aliran sungai’. Mengapa saya kata begitu? Ianya justeru kerana ada di beberapa halaman plot seakan-akan melompat secara tiba-tiba. Agak sukar untuk saya melihat kembali kesinambungan sebelumnya. Ada kala penggunaan ganti nama bertindih. Saya menjadi keliru siapa yang dimaksudkan.
Walaupun begitu, saya masih dapat merasai jerih sebuah perjuangan suci. Ada ketika saya terkedu dan terasa bening. Ya, memang saya dapat merasainya lewat bait-bait narasi penulis. Pedih, pilu, marah, geram dan terkesima.
Saya berasal dari leluhur Melayu Patani. Moyang dan datuk saya sebelah emak merupakan susur galur keluarga yang dihormati (mungkin salah satu keluarga diraja yang memerintah atau ulamak) Kerajaan Islam Patani yang merangkumi daerah Yala, Narathiwat, Satun dan Songkla. Masih ramai lagi ahli keluarga di sana. Saya masih dapat berjumpa dan mengenali beberapa waris terdekat semasa bersekolah di Besut, Terengganu di tahun-tahun 70-an dan 80-an. Kerap kali ada ahli keluarga yang bertandang ke Besut dari Thailand.
Selepas berkeluarga pula, ada dua kesempatan bertemu muka dan berkenalan dengan keluarga dari sana yang berkunjung ke Besut. Kedua-duanya kerana mereka menghadiri majlis walimah sepupu saya. Keluarga dari selatan Thailand itu datang menaiki bas dua tingkat dan van panjang. Bas sarat di tingkat atas dan bawah.
Fiksyen sejarah ini memang memberi kesan yang mendalam terhadap saya. Saya umpama kembali ke tanah tumpah darah nenek moyang ‘melihat’ perjuangan mereka dan generasi yang ingin menegakkan sebuah negara Melayu Islam di sana.
Sebagai anak Melayu Islam leluhur Patani, saya cukup mendambakan sebuah kerajaan Islam Patani merdeka dari kerajaan Thailand. Namun sebagaimana narasi penulis dalam novel ini, kelihatannya amat sukar, malah mustahil bagi Thailand untuk membenarkan perjuangan menubuhkan Republik Islam Patani.
Tetapi perjuangan tetap diteruskan, dan siapa yang dapat menidakkan takdir Allah ke atas istiqamah mereka di sana?
Sinopsis
Novel kontroversi ini ditulis ketika penulisnya, Allahyarham Lukman Iskandar, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1992 hingga 1994. Penulis adalah bekas Setiausaha Agung Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani.
Walaupun fiksyen, novel Gerila ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 1785.
Kisahnya tentang Kapten Ruziman, seorang juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhempas di Selatan Thai. Selepas diselamatkan, Kapten Ruziman menyertai perjuangan gerila itu. Mereka berperang dengan tentera Thai, polis Thai dan PKM.
Gerila penuh dengan aksi tempur, taktik peperangan sebenar, konflik emosi, dan konflik kuasa!
Sejarah pergerakan revolusi Patani
Dari sudut sejarah, pergerakan revolusi Patani dinamakan Pergerakan Komando Revolusi Rakyat Patani. Pergerakan ini tergabung dalam Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).
BRN ditubuhkan pada 13 March 1960, bertempat di sebuah institusi pengajian Islam yang terkenal, Sekolah Haji Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala. Pengasas-pengasasnya terdiri dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan Muhammad Bung, Ustaz Razali, Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff dan Abdul Qayoom.
BRN ditadbir oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat). Anggota DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti Tengku Jalal, Amin Tohmina, Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee.
Pada tahun 1963, Amin Tohmina mengambil-alih jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat beberapa anggota yang tidak disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul Qayoom, Ahmad Shariff dan akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar dari BRN untuk memimpin fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. haji Yusoff pula menubuhkan sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi nama PRN(S).

No comments:
Post a Comment