Tuesday, March 16, 2010

Kata dua Baju Merah ditolak


BAJU Merah berkumpul di depan pangkalan tentera di Bangkok, semalam, dalam protes menuntut pembubaran Parlimen.- AP


BANGKOK 15 Mac - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva yang mendapat sokongan pihak tentera hari ini menolak kata dua pembubaran Parlimen ketika berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan Baju Merah bertekad meneruskan usaha menggulingkan kerajaan.

Dalam laporan pertama keganasan protes, dua askar cedera apabila empat butir bom meletup di dalam pangkalan tentera yang dikepung penunjuk perasaan, kata jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd.

Dia tidak menyalahkan mereka yang menjalankan demonstrasi namun maklumat risikan mendapati terdapat elemen yang merancang serangan sedemikian. Bom tersebut ditembak menggunakan pelancar M-79.

Abhisit, yang menjadi sasaran demonstrasi raksasa, sebelum ini menegaskan bahawa beliau tidak akan menurut tuntutan membubarkan Parlimen namun masih membuka ruang untuk berkompromi.

Penunjuk perasaan kini berkampung di sekeliling pangkalan Rejimen Askar ke-11 yang menjadi tempat Abhisit berlindung sejak beberapa hari lalu, namun selepas tarikh akhir tamat mereka mula pulang ke lokasi utama perhimpunan.

Seorang pemimpin protes, Veera Musikapong memberitahu 'lautan' Baju Merah bahawa cara baru akan digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan namun tiada perincian dimaklumkan.

"Tuntutan pembubaran Parlimen sebelum tengah hari sebagai ganti kepada penghentian demonstrasi, tidak dapat dipersetujui. Bagaimanapun itu tidak bermakna parti perikatan kerajaan dan saya tidak mendengar idea mereka," kata Abhisit dalam ucapan di kaca televisyen.

Kira-kira 100,000 penunjuk perasaan Baju Merah berkumpul di kawasan pejalan kaki di Bangkok. Lebih 50,000 askar, polis dan anggota keselamatan lain berada di seluruh ibu negara untuk mengawal keadaan.

Sambil mengibar sepanduk, beribu-ribu penunjuk perasaan menaiki trak, motosikal atau berarak ke pangkalan tentera tersebut di mana askar memainkan lagu yang dikarang oleh Raja Thailand dalam usaha menenangkan keadaan. Mereka beredar beberapa jam kemudian.

Askar yang mengawal pangkalan tersebut memakai pakaian tempur lengkap namun tiada senjata kelihatan kecuali senapang untuk menembakkan gas pemedih mata. - AP


sumber:Utusan-nak-muntah-aku


komen: Nak tanya water canon dan gas pemedih mata ada jugak kan?

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails