Friday, March 19, 2010

Royalti: Ku Li sokong tuntutan Terengganu sejak 2000, kata PAS

Sebahagian daripada hadirin mengikuti penjelasan Tengku Razaleigh pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU, 19 Mac — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyangkal andaian sesetengah pihak bahawa Tengku Razaleigh Hamzah hanya memainkan menyuarakan pendiriannya dalam isu royalti minyak sejak beberapa bulan lalu, tetapi membisu ketika Terengganu mengalami nasibnya sedekad yang lalu.

Mustafa yang juga bekas exco ketika kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS dari 1999 hingga 2004 memberitahu Tengku Razaleigh (gambar) atau dikenali sebagai “Ku Li” telah menyatakan kesanggupan menjadi saksi dalam kes saman mereka terhadap Petronas dan kerajaan pusat.

“Seperti yang diketahui selepas royalti (minyak Terengganu) dirampas dan selepas penerangan diberikan, akhirnya kes ini difailkan di mahkamah.

“Antarnya beberapa orang saksi perlu kita kemukakan dalam kes ini... antara orang yang bersedia untuk menjadi saksi ialah Tengku (Razaleigh) sendiri.

“Jadi sebab itu, saya baru-baru ini telah memberi penjelasan, ada yang mengatakan Tengku (Razaleigh) tidak konsisten... kalau pada tahun 2000 Tengku (Razaleigh) masih bersama Umno, dan sekarang pun masih bersama Umno, dan pada waktu itu isu Kelantan belum lagi timbul.

“Jadi saya hendak menjelaskan isu tidak konsisten tidak timbul kerana Tengku (Razaleigh) telah sedia untuk menjadi saksi (sejak dari tahun 2000),” kata Mustafa dalam penjelasannya menjawab pertanyaan pengacara majlis pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini malam tadi.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas merupakan satu-satunya panelis diolog tersebut.

Mustafa turut berada di pentas yang sama bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang bertanggungjawab menguruskan isu royalti minyak Kelantan.

Pendirian kononnya tidak konsisten Tengku Razaleigh dikaitkan dengan kenyataan beliau akhir Januari lalu bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Tengku Razaleigh merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan dan ketua Umno bahagiann itu.

Dialog ini dianjurkan bersama oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).

Mustafa menjelaskan apabila kes itu dibicarakan pihak Petronas dan kerajaan pusat merayu kepada mahkamah bahawa perbicaraan tidak memerlukan saksi dan rayuan itu diterima menyebabkan Tengku Razaleigh tidak menjadi saksi.

“Sebenarnya beliau sudah bersedia sejak tahun 2000 lagi,” katanya lagi.

Ada peserta yang mempersoalkan mengapa Tengku Razaleigh tidak bersuara apabila Terengganu membangkitkan wang royalti pada 2000.

Menjawab soalan itu beliau berkata: “Saya hendak memberitahu, pertamanya saya tidak menerima wahyu. Nombor dua, (dulu) saya tidak berperanan macam sekarang.

“Hari ini saya dijemput oleh Mampat supaya datang untuk memberikan penerangan... dalam tahun 2008, Mampat ada konvensyen, saya dijemput saya datang. Baru-baru ini saya dijemput oleh Gegar di Kota Baru saya pergi.

“Tapi pada 2000 tidak sesiapa yang menjemput, maka saya pun tidak pergi,” katanya.


sumber: malausiainsider

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails