Monday, March 8, 2010

Travelog Bandung



“Pak beli pak...murah je ni...pak hari ni saya enggak ada uang(wang) lagi,anak dan isteri saya enggak makan apa-apa lagi...tolong pak”,seorang menjual di puncak Tangkubah Perahu menyerbu APV Suzuki yang kami naiki.

Perjalanan ke Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.

Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut. Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan.Sungai-sungai utama mengalir melalui kawasan kota Bandung, antaranya Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum serta anak-anak sungainya yang umumnya mengalir ke arah selatan dan bertemu di Sungai Citarum. Disebabkan ini, Bandung selatan sangat terdedah terhadap masalah banjir.

Di dalam bandar raya, para penduduk Bandung biasanya menggunakan pengangkutan awam, biasanya angkot (van) berbanding dengan teksi yang lebih mahal. Selain itu, bas kota juga memberikan perkhidmatan, umumnya di jalan-jalan besar dan untuk laluan-laluan yang panjang.Bandung memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Husein Sasatranegara yang menghubungkan Bandung dengan bandar-bandar yang lain di Indonesia dan Kuala Lumpur di Malaysia.

Bandung juga mempunyai dua buah stesen kereta api, iaitu Stesen Bandung yang melayani laluan Bandung-Jakarta (Gambir), Surabaya dan Semarang setiap harinya untuk kelas bisnes dan eksekutif dan Stesen Kiaracondong untuk kelas ekonomi.Jambatan Pasupati menghubungkan bahagian utara dan timur Bandung melewati lembah Cikapundung. Panjangnya 2.8 kilometer dan lebarnya 30-60 meter. Pada 25 Jun 2005, jambatan ini rasmi dibuka. Jambatan ini akan menjadi mercu tanda Kota Bandung yang baru.Jalan tol Padaleunyi menghubungkan Padalarang, Cimahi, sebelah selatan Bandung dan Cileunyi. Jalan tol yang menghubungkan Padalarang dan Purwakarta (Cipularang) sudah dibangun, dan memendekkan perjalanan antara Bandung dengan Jakarta. Dengan adanya jalan raya ini, waktu yang diambil untuk perjalanan antara Jakarta - Bandung hanya 2.5 jam.Pembinaan jalan tol Cileunyi-Sumedang juga sedang dipertimbangkan.

Sejarah kemerdekaan Indonesia amat memilukan,mereka terpaksa berdepan dengan Belanda yang rakus menodai setiap penjuru tanah negara mereka,segala bahan mentah di bawa balik ke Belanda.Akhirnya rakyat Indonesia bangkit menentang Belanda dengan setiap tangan pejuang mereka tersemat kukuh buluh-buluh runcing,Belanda akhirnya terpaksa menyerah kalah kerana kuasa rakyat yang begitu hebat.Itu sejarah lampau yang tercatat di dalam buk sejarah negara mereka untuk di tatap oleh anak cucu hingga lah sampai ke generasi yang mendatang.

Namun kini negara yang di katakan paling ramai umat islam di dunia mengalami satu terjahan hidup yang agak susah dan perit,jauh berbeza dari Malaysia.Terutamanya di Kota Bandung,kanak-kanak terpaksa mencari sedekah di pasar-pasar dan yang paling menyedihkan di persimpangan lampu isyarat.Suasana ini kami alami pada hari ketiga di kota ini,seorang kanak-kanak yang sepatutnya duduk di bangku sekolah terpaksa berkaki ayam mengetuk tingkat van dan kereta meminta sedekah.Kami dapat bayangkan andai kanak-kanak itu adalah adik atau ahli keluarga kami sendiri,terasa sedih dan pilu mengenangkan situasi itu.Kami mula memandang antara satu sama lain,suasana hinggar tiba-tiba sunyi sepi apabila melihat kanak-kanak itu berkaki ayam meminta sedekah di celah-celah van dan kereta yang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Selepas kami memberi sedikit sebanyak baki wang yang ada kanak-kanak itu berlalu pergi,hilang di celah-celah kesibukkan ini.Kenderaan kami yang di pandu Pak Kirman (kami panggil Pak Pokemon) meluncur terus menghala ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Kota Bandung.Sekali lagi kami berhenti di persimpangan lampu isyarat,seperti biasa akan ada pemuda yang memetik gitar menyanyikan lagu di tepi kenderaan kami,walaupun lagu itu entah apa-apa,maka itu lah pekerjaan mereka mencari rezeki sehingga sanggup melalui celah-celah kenderaan di atas jalan raya demi sesuap nasi.Dalam kesibukkan dan bingitan bunyi hon kami terpandang pada seorang ibu yang sedang mengendong anak kecilnya sambil meminta sedekah,sekali lagi hati kami tersentuh melihat suasana itu,kami sangkakan seorang sahaja anak mereka yang di bawa,rupanya ada dua orang lagi anak mereka sedang tidur sambil duduk dan tangannya memegang tiang lampu isyarat di belakangnya adalah adiknya yang juga memegang erat tubuh kakaknya agar tidak terjatuh di atas jalan raya.

Kegembiraan kami untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kota Bandung terus pudar,namun begitu terpaksa kami gagahi jiwa ini agar terbangnya kami ke Indonesia kali ini membawa satu pengalaman yang akan kami simpan dalam kamus kehidupan masing-masing.


-Dari Kota Bandung ke Kota Jakarta


Taman Bersatu

11.41 am


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails