Kereta-kereta ini akan memulakan dentumannya sebentar lagi...
Jom bang sama-sama kita gelek...inilah disko jalanan yang berada di Kuala Perlis pada malam tahun baru.
Semua golongan turut serta,yang penting malam ni kita berpesta.
Orang ramai berpusu-pusu menyerbu disko jalanan ini.
Jom lepak-lepak,bukan selalu lepak macam ni dalam seminggu 7 hari je kita lepak...
Anak kecil di bawa bersama ke dalam suasana yang lalai ini.
Tanpa membiarkan saudara se-islam kita dari terus hanyut di tiup angin kelalaian,Dewan Pemuda PAS Perlis menyantuni mereka dengan menyebarkan risalah dan tazkirah ringkas kat depa ni.
Amboi,sakan nampak Pak Polisi dan Ibu Polisi ini membuat sekatan,baguslah kerana menjalankan dan buat kerja,jangan makan rasuah sudah lah Pak oii.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dan NISA' Perlis berkumpul mendengar taklimat dari Ketua Pemuda Kawasan Kangar sebelum turun ke lokasi yang di tetapkan iaitu di Dataran Dato' Sheikh dan Kuala Perlis
Pekene Laksa Perelih dulu sebelum bergerak ke lokasi dakwah.
"Jangan di minta ringankan ujian,tetapi mintalah beratnya iman untuk menghadapi ujian itu".
pasaipa kami tak dapat laksa? he he..
ReplyDelete