Monday, January 4, 2010

CIKGU KURANG PANDAI...



Di sebuah kampung jauh di pedalam Negeri Pahang ada sebuah sekolah rendah,muridnya sekitar 300 orang.Suatu hari seorang cikgu yang mengajar sains menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan kerjaya seorang doctor bedah kepada murid-muridnya.Kemudian cikgunya melontarkan satu pertanyaan .

Cikgu : “Murid-murid sekalian pernahkan kamu melihat para doctor menjalankan pembedahan ke atas manusia?”

“Eh cikgu ni,soalan mudah macam tu pun nak kena kami jawab jugak,cikgu jawab sendiri lah.”balas Amin spontan,seorang murid yang paling nakal di dalam kelasnya.

Cikgu : “Amin!!!,cikgu nak tanya kamu ni dari tadi banyak cakap sangat,kenapa doctor sentiasa memakai topeng muka apabila sedang melakukan pembedahan?”

Amin : “Cikgu,takkan cikgu tak tahu bahawa doctor pakai topeng semasa melakukan pembedahan supaya tidak ada orang mengenalinya jika pembedahan itu gagal,cikgu.”

Cikgu : “A’aa...betul jugak jawapan itu Amin.”

Pesanan : Tanyalah soalan yang bermanfaat kepada murid-murid supaya pemikiran lebih maju dan kreatif.


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails