Sunday, January 3, 2010

Sup Kambing



Pada suatu hari seorang isteri bersemangat mencuba pelbagai resipi untuk di hidangkan kepada suaminya yang sekarang ini ada di pejabat.

Maimun : “Sup Kambing Japnapari yang Mun masak dan bekalkan kat abang sedap ke?”

Daud : “Abang tak sempat nak rasa sup kambing tu,kerana kerja terlalu banyak,kebetulan kawan abang dia berpuasa pada hari itu,maka abang pun bagi kat dia untuk berbuka puasa.”

Maimun : “Apa komen kawan abang pasal sup kambing tu,lazat dan sedap sangat ke?ni pertama kali Mun masak sup macam tu.”

Daud : “Entahlah,abang pun tak pasti bagaimana rasanya,tetapi sejak abang bagi sup tu kat dia tempoh hari,dah lama tak nampak dia datang pejabat.Ada berita mengatakan dia sedang koma kat hospital kerana keracunan makanan yang serius.”


Pesanan: memasak juga perlu ada ilmu dan perlu belajar jangan pakai belasah je...

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails