Monday, January 4, 2010

Orang Muda Geng Kita...



Zul adalah seorang pelajar yang sangat aktif dalam perlumbaan motorsikal,saban hari dia akan merempit sambil bertempik.Suasana ini menyebabkan orang kampong naik angin kepada Zul.Sudah banyak kali orang kampong nasihat namun tak makan saman budak zul ni.

Suatu petang yang hening,tiba-tiba Zul keluar dari simpang dengan laju sambil sekali-sekala melakukan wikang dan sebagainya.Sedang asyik merempit sebuah kereta Datsun keluar tiba-tiba dari simpang jalan lalu bertembung dengan motorsikal Zul dan terdengar dentuman yang kuat.

Orang kampong keluar melihat siapakah yang kemalangan itu,di dalam fikiran orang kampong,budak Zul yang kemalangan itu kerna dia memang nakal tahap gaban Z.Akhirnya benar lah tekaan mereka bahawa budak Zul yang kemalangan.Sebatang besi tercucuk di kepalanya.

Ambulans pun mai tergesa-gesa dan membawa ke hospital di masukkan ke dalam wad ICU.Selepas itu,doctor pun keluar dari wad ICU danmemberitahu kepada ayah Zul bahawa Zul tiada harapan untuk di selamatkan kerana besi itu terkena otak.Mendengar keputusan itu,ayah Zul berkata: “Jangan risau doctor,sabaq...sabaq...Zul pasti akan selamat punya lah.” Doktor sangat kagum kepada si ayah ini dan terus bertanya : “Kenapa pak cik boleh begitu yakin sedangkan pak cik apa tahu tentang ilmu perubatan ini,PhD pun pak cik tak dak dan pak cik tak sebut perkataan Insya Allah pun?” Sampuk si ayah: Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia ni memang tidak ada otak, kalau ada otak tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ni!,buat habis keberas aku je budak Zul ni doctor!” Terdiam sambil mulut terganga doctor tersebut.

Pesanan: Wahai pemuda jangan persiakan masa mudamu kerana diri mu amat bermakna kepada ummah. “Orang Muda Geng Kita.”


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails