Afwan adalah seorang pelajar yang kaya,dia memiliki minat pada beburung,terutama burung kakak yang tidak berapa tua.Pada suatu hari dia pergi ke kedai menjual burung untuk di hadiahkan pada ayahnya sempena Hari Bapa.
Afwan : “Saya ingin membeli seekor burung kakak yang tidak berapa tua tapi bijak dan petah berbicara,di sini ada di jual ke?”
Ah Long (pekedai) : “ada je belambak kat sini bukan setakat burung kakak yang tak berapa tua,yang janda anak satu pun ada,apatah lagi burung yang duda,dan mereka sangat bijak,nak yang mane encik?”
Afwan pun berjalan mengelilingi kedai dan ternampak seekor burung kakak yang tua tetapi cantik sangat sampaikan harganya mencecah RM2500.00,lalau Afwan bertanya selamba : “Kenapa mahal sangat, pulak tu dah tua bangka.”
Ah Long : “Burung ni mahal kerana boleh berbicara 3 bahasa utama dunia.”
Ooo macam tu rupanye,”jawab Afwan spontan.”Akhirnya Afwan berjalan lagi dan melihat burung kedua namun harganya lebih mahal sekitar RM 3500.00,lalu Ah Long menerangkan : “Burung ni lebih mahal kerana boleh bercakap dalam 5 bahasa dan boleh menyanyi dan melawak.”
Afwan berjalan lagi dan melihat burung yang ketiga,kini harga burung itu mencecah RM7000.00!
Afwan : “Dahsyat burung ni tauke,sampai RM7000.00 seekor,tengok tak setara mana pun,apa kelebihan burung ni pulak tauke?”
Ah Long : “Sekarang macam ni,saya pun tak tahu apa kelebihanya dan tak pernah dengar pun bercakap apatah lagi menyanyi.”
Afwan : “Dah tu,kenapa harganya mahal paling mahal dalam banyak-banyak burung yang ada kat sini?”
Ah Long : “Macam mana tak mahal encik,burung-burung lain panggil dia BOSS!”
Pesanan : Janganlah terpukau dengan pangkat dan jawatan,yang penting memimpin masyarakat dengan adil dan taqwa
No comments:
Post a Comment