Wednesday, January 20, 2010

Sudut Pidato segarkan idealisme, kepemimpinan mahasiswa



NEGARA yang hebat dan maju pasti menyiapkan pelapis yang memiliki kekuatan diperlukan untuk melayakkan mereka menggantikan pentadbiran negara suatu hari nanti.

Perkara yang dapat menjamin kepada pembentukan generasi seperti ini pasti melalui keampuhan sistem pendidikan yang senantiasa diperbaiki berdasarkan kesesuaian keadaan semasa di samping penekanan terhadap pembangunan intelek, fizikal, rohani dan psikologi.

Kekuatan yang perlu dimiliki mereka tidak hanya terbatas kepada ilmu yang dimiliki ketika menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) bahkan turut disokong dengan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan.

Hal ini bukti mereka mampu memimpin rakyat kerana bukan saja memiliki ilmu bahkan mudah bergaul dengan masyarakat iaitu nilai tambah yang wajar ada dalam generasi pelapis.

Mereka tidak lagi hanya pintar mengungkap teori atau falsafah bahkan mahir menterjemahkan kepakaran dengan menyalurkan ilmu kepada masyarakat.

Generasi kini juga perlu diasuh untuk memiliki kematangan berfikir serta mampu mengungkap idea baru dan segar bagi membantu kerajaan serta masyarakat memperbaiki polisi dan sosiopolitik negara.

Hal ini perlu dititikberatkan, justeru mahasiswa sebagai generasi muda dan penuh idealisme ketika melalui proses kematangan, membuat keputusan dan berfikir. Mereka memerlukan platform untuk bersama teman seperjuangan menilai idea bagi memperhalusinya lagi Keadaan ini membantu mengembangkan idealisme mereka kepada bidang lebih luas dan pelbagai. Idea yang terkumpul selepas perbincangan perlu dipasarkan dalam akhbar dan majalah supaya dinilai dan dikritik selain dijadikan panduan masyarakat.

Evolusi ini andai kerap dilakukan mampu membentuk paradigma berfikir yang segar dan matang dalam persekitaran masyarakat Malaysia. Universiti perlu segera menyedari potensi siswa dengan menyediakan infrastruktur bersesuaian agar perbincangan dapat dilakukan dalam keadaan kondusif dan bermotivasi.

Perbincangan lebih bermakna jika dihadiri pensyarah untuk memperbaiki kekurangan idea. Siswa juga terlalu meminjam kata pemikir terkemuka, sebaliknya mengguna akal bagi mengungkapkan idea yang asli dalam perbincangan.

Kemampuan membentuk idea dan gaya pemikiran tersendiri membolehkan mereka mengasah potensi untuk menjadi pemikir unggul dan bertaraf global hasil keluaran IPT tempatan.

Sudut Pidato mampu menyegarkan idealisme mahasiswa, sekali gus membangkitkan jati diri dan kematangan akal budi untuk membuktikan kesungguhan membantu kerajaan menjayakan pembangunan.

MOHD ARIF JUHANI ABDUL RAHMAN,
Universiti Utara Malaysia.


KOMEN : Sememangnya di zaman ini ,kemenangan Mahasiswa dalam PRK mestilah dengan hujah-hujah yang bernas dan mantap agar pengundi berpuas hati apabila memilih calon untuk di undi.

1 comment:

  1. Mahasiswa sendiri membawa bayangan maksud kepada individu yang tinggi ilmu dan pemikirannya...ertinya setiap tutur bicara dan aksi tindakannya adalah berlandaskan ilmu di dada serta iman di jiwa..

    Sememangnya negara perlukan mahasiswa yang matang fikirannya serta kompeten dalam menerajui kepimpinan negara...

    Universiti adalah medan terbaik buat mahasiswa mengasah bakat, kemahiran dan ilmu agar sentiasa relevan utk agama dan negara yang mampu memberi manfaat utk sekalian alam..

    bg mencapai matlamat tersebut, kematangan mahasiswa dalam meredah suasana serta cabaran kampus dengan penuh rasional dan profesional amat penting.

    teruskan perjuangan mahasiswa!!

    ReplyDelete

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails