Tuesday, April 13, 2010

Nama perasuah di laman web SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai semalam memaparkan senarai pesalah kes rasuah dalam Pangkalan Data Pesalah Rasuah menerusi laman webnya dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai pencegahan jenayah rasuah.

Sehingga kelmarin, laman www.sprm.gov.my memaparkan 51 nama pesalah rasuah dari seluruh negara serta butir terperinci seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, kerjaya, pertuduhan serta hukuman yang diterima yang boleh diakses oleh orang ramai.

Ketika menjelaskan langkah terbaru itu, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha terbaru SPRM memerangi rasuah di negara ini dengan berkongsi maklumat dengan orang awam.

'SPRM tidak akan mengamalkan pilih kasih dan akan memaparkan nama semua pesalah yang disabitkan oleh mahkamah,' katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Orang ramai boleh menyemak nama sama ada individu tertentu pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah atau tidak dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka di ruang carian laman web SPRM.

Mengulas lanjut, Datuk Shukri berkata SPRM juga akan menaik taraf laman webnya bagi menjadikannya lebih mesra pengguna, sekali gus membantu meningkat usaha memerangi gejala rasuah di negara itu.

Datuk Shukri berkata, pihaknya akan memaparkan 'senarai individu dikehendaki' di laman web SPRM bagi membantu siasatan lanjut kes rasuah dalam tempoh terdekat.KLPOS

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails