Thursday, January 7, 2010

AKU AKAN TERUS MENGEMBARA siri 1



Terasa baru semalam aku di sini memetik mutiara di bumi utara,rupanya sudah 3 tahun secara purata.Selepas ini,aku akan terus mengembara mengisi kantung sisa muda ku ini,apa orang nak kata aku akan ambil semua dan aku akan berbicara kepada mereka yang boleh menjelaskan semuanya.Apa yang pasti di mana ada majlis para alim-ulama aku akan terus menerpa walau jauh nun di sana,walau jatuh hujan dari pagi hingga senja dan walau mendaki Banjaran Titiwangsa tetap aku melangkah jua memenuhkan ilmu di dada.


Sedang termenung dan berfikir seketika,akhirnya nostalgia lama berkunjung tiba,yang datang itu memori lama nun jauh dari Jengka sana.Aku ingin bercerita agar kita semua dapat belajar dari alam buana yang di cipta oleh Allah yang Maha Esa.Bermulalah episode hiba pabila mengenang liku-liku di pedalaman sana,bukan aku yang minta namun hadirnya telah di rancang oleh yang Maha Esa.Segala-galanya bermula di sana,di saat aku mencari suasana,ia datang tanpa ku minta.Aku mula mengenal perjuangan ini dek kerana niat yang satu ku panjatkan hanya pada yang Maha Esa.


Ingin akau serahkan sejuta terima kasihku tidak terhingga kepada naqibku yang masih di felda,mengajak dan mengajar ku apa itu anutan Islam yang sebenar.Dahulunya aku tidak kenal siapa As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,namun berkat kegigihan naqibku yang ku baru ku kenal sehari dua,akhirnya aku mula meneroka bersamanya memahami episode perjuangan ini yang penuh mencabar........................................bersambung


Muhammad Hafizul Abdul Ghani

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails