1. Kafir Quraisy telah merancang membunuh Rasulullah s.a.w dengan melibatkan wakil semua kabilah.
2. Allah memaklumkan Baginda tentang rancangan kejam kafir Quraisy melalui Jibrail.
3. Allah memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah.
4. Rasulullah memaklumkan Abu Bakar bahawa mereka telah diizinkan berhijrah.Rasulullah keluar menuju ke rumah Abu Bakar pada waktu tengah hari tatkala matahari terik dan berkelubung kepala supaya orang tidak mengenalinya.
5. Abu Bakar menyiapkan segala keperluan logistic untuk berhijrah (unta dan bekalan).
6. Malam hijrah rumah baginda di kepung oleh orang kafir Quraisy.
7. Baginda meminta Ali bin Abi Talib supaya berbaring di tempat tidur baginda.
8. Rasulullah s.a.w membaca ayat ke-9 surah yassin hingga menyebabkan semua yang mengepung tidak dapat melihat.
9. Rasulullah menuju ke rumah Abu Bakar,pada malam itu juga mereka keluar melalui pintu belakang rumah Abu Bakar.
10. Kumpulan yang mengepung rumah Baginda berang apabila mendapati Ali yang berbaring,terus memulakan usaha mencari yang akhirnya membawa mereka ke depan pintu Gua Thur.
11. Baginda bersama Abu Bakar menuju ke Gua Thur,bersembunyi di sana selama 3 hari.
12. Kehadiran sarang burung merpati dan sarang labah-labah menyebabkan musuh menyangka tiada sesiapa di dalam gua tersebut.
13. Setelah 3 hari berlindung di dalam Gua Thur,Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menelusuri jalan pantai menuju ke Madinah.
14. Terserempak denga Suraqah Bin Malik yang sedang memburu Rasulullah.
15. Singgap sekejap di khemah Ummu Maabad.
16. Terserempak dengan Abu Buraydah yang turut memburu Rasulullah.
17. Tiba di Quba’ yang terletak di pinggiran Madinah.Rasulullah s.a.w membina masjid pertama di situ.
18. Dari Quba’ mereka menuju je Madinah pada hari Jumaat.Rasulullah menunaikan solat jumaat di situ bersama Bani Salim.Ini lah solat dan khutbah jumaat pertama.
19. Tiba di Madinah,ketibaan Rasulullah dan Abu Bakar di sambut dengan meriah diiringi irama memuji Baginda.
20. Penduduk Madinah berebut-rebut menjemput Baginda singgah dan menetap di rumah mereka,namun Baginda membiarkan untanya berhenti di tempat yang di sukai kerana itu adalah wahyu.
21. Unta Rasulullah s.a.w akhirnya berlutut di hadapan rumah Abu Ayyub Al-Ansari.Maka Baginda di jemput oleh Abu Ayyub agar menetap di rumahnya sementara menunggu masjid Nabawi siap di bina.
22. Membina Masjid Nabawi.
23. Menyatukan golongan Ansar (Aus dan Khazraj) dan Muhajirin.
24. Menubuhkan negara Islam yang pertama di dunia dan Rasulullah s.a.w menjadi pemimpinya.
25. Mewujudkan Piagam Madinah.
Majalah Solusi isu15
Kesimpulan penulis,
Kesimpulan 1: Burung merpati dan Labah-labah pun turut berkorban untuk Islam,mereka adalah binatang.Maka kita sebagai manusia yang ada akal sudah tentu lebih banyak lagi kena berkorban untuk Islam.Jika ada manusia yang tidak menginfaqkan dirinya di dalam jalan ini,maka dia lebih lemah daripada 2 binatang ini.
Kesimpulan 2 : Allah SWT telah memuliakan penduduk Madinah kerana menerima Rasulullah dan Islam,jika dulu penduduk Taif menerima Rasulullah dan Islam,maka sekarang ini kubur Rasulullah di Taif sana dan selepas mengerjakan umrah dan Haji pasti akan menziarahi perkuburan Rasulullah itu kerana jarak Taif lebih dekat dari Madinah.Bahawa betapa mulianya mereka yang menerima seruan Rasul dan Islam,apa yang pasti penduduk Madinah yang telah menerima Rasul maka Allah memuliakan mereka hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment