Monday, April 5, 2010
Lotus gagal di laman sendiri
Pasukan Formula Satu (F1) negara, Lotus Racing gagal menyerlah di 'laman sendiri' pada perlumbaan Grand Prix Petronas Malaysia edisi ke-12 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini Ahad.
Pelumba utamanya, Jarno Trulli dari Itali sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-17, ketinggalan lima pusingan daripada pemenang perlumbaan, Sebastian Vettel dari Red Bull Racing.
Rakan sepasukannya dari Finland Heikki Kovalanen pula menamatkan perlumbaan namun tidak diklasifikasikan setelah ketinggalan 10 pusingan daripada pemenang tempat pertama.
Kekecewaan itu bertambah untuk Lotus Racing apabila dua pasukan baru yang bersaing tahun ini menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 melalui Lucas di Garsi (pasukan Virgin Racing) dan 15 melalui Karun Chandhok (pasukan HRT F1 Racing).
"Kami melakukan permulaan baik tetapi pada pusingan kedua, saya dilanggar oleh pelumba Virgin Racing sehingga terbabas," kata Trulli.
Sementara tu, teraju utama Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes berkata pasukan memang tidak gembira dengan keputusan hari ini namun mereka tetap menganggap ia sebagai satu pencapaian yang besar sekiranya menamatkan perlumbaan.
"Kami telah belajar banyak pada pusingan ketiga ini dan akan membawanya untuk ke pusingan seterusnya di China pada 16 hingga 18 April ini di Litar Shanghai.
"Kita juga akan menanti untuk membina kembali jentera yang kami gunakan sekarang apabila beraksi di Barcelona nanti," katanya.
Terdahulu itu, sebelum perlumbaan pasukan Lotus Racing dilawati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang nyata berbangga dengan kemajuan yang dicapai sejak enam bulan lepas.
"Saya bangga dengan lawatan itu dan sokongan Perdana Menteri telah mencetuskan semangat yang tinggi untuk pasukan mencatatkan kejayaan pada perlumbaan yang akan datang," kata Fernandes.
sumber: KLPOS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment