Thursday, April 8, 2010

KISAH 1400 THN YG LALU......



Rasulullah saw bernikah dgn Aisyah r.a dalam keadaan terlalu sederhana(zuhud). Suatu ketika keluarga Baginda saw di uji dgn kelaparan. Baginda saw bersabda pada isterinya," ya humairah (yg kemerah-merahan) ini ada 4 biji tamar, 2 biji kita simpan utk bersahur, 2 biji lagi kita makan waktu iftar." Hari berikutnya makanan sudah tidak ada. Baginda saw dan isterinya berlapar selama 3 hari lebih. Isteri baginda saw sudah tidak tahan, lalu berkata," ya Rasulullah terlalu sakit perut ku ini, aku tidak tahan ya Rasulullah,"

Baginda saw hanya berdiam kerana baginda saw sendiri merasai kelaparan yg amat. Lalu baginda saw mengangkat tangannya yg mulia dan berdoa berulang-ulang," ya ALLAH hamba ini hanya mohon redhaMU". Tanpa di sedari Mikail as datang berdepan dgn Rasulullah lalu berkata." wahai Hamba ALLAH yg telah di janjikan kemuliannya di ummul kitab, tangisan apakah ini..??? hingga seluruh penduduk langit turut menangis....begitu aku yg tidak pernah pijak ke bumi, aku pijak akhirnya krn tersentuh dgn tangisanmu wahai Rasulullah... Wahai Rasulullah tunjuk sahaja bukit mana di sekitar tanah arab ini, akan ku jadikan emas utkmu, agar bisa menutupi kelaparan mu dan keluargamu buat seumur dunia ini." Rasulullah hanya mampu menjawab," Cukuplah bagiku ALLAH atas segala persoalan.... ya ALLAH ku hanya mohon redhaMu, jika aku lapar jadikanlah aku hamba yg sabar... jika aku kenyang, jadikanlah aku hamba yg sibuk dgn bersyukur....biarlah ku memilih sehari lapar dan sehari kenyang...ya ALLAH..."

Di kisahkan, dalam setahun ada 12 bulan. 6 bulan Nabi saw lapar, 6 bulan Nabi saw kenyang....
ya ALLAH ...ya Rob... hari ini saya dan sahabat yg lain, serta org² islam sentiasa sakit bukan kerana
lapar....tapi kerana kekenyangan....

Siti Fatimah ra berkata" Jika ada minyak tanah di rumah kami, akan kami minum utk membasahi tenggorokan( tekak) kami kerana sudah terlalu kering.."
Cucu Rasulullah saw , iaitu Hussein ra tidak bisa merangkak, kerana kekurangan zat makanan...
3 bulan lebih rumah Siti Fatimah ra tidak berasap......
Sayyidina Ali ra, oleh kerana sentiasa dgn kelaparan , matanya selalu berair...badannya kurus, perutnya agak sedikit besar( kurang zat makanan)..................
......
Jika di tekan pusat Fatimah ra, terasa tulang belakangnya................

Inilah hidup hamba² yg telah meyaqini ALLAH itu ESA... Dan Janji² ALLAH itu Pasti...
hingga mereka yg mulia, menganggap kelaparan itu adalah nikmat yg istimewa....

6666 ayat , 114 surah, 30 juzu'.... 600 ayat lebih kurang berkenaan dgn hukum hakam, 1000 ayat berkenaan dgn balasan janji dan syurga, 1000 ayat berkenaan dgn ancaman,1000 ayat berkenaan dgn kebesaran ALLAH swt, 1000 ayat berkenaan dgn nikmat ALLAH, 1000 ayat berkenaan dgn kisah nabi², 1000 ayat berkenaan dgn menyuruh pada kebaikan, 66 ayat yg dimansuhkan dgn ayat yg lain.... turunnya ke bumi berperingkat melalui Jibroil as.

Tidak akan terungkap, penjelasan haqiqi Ayat-ayatNYA, Jika tidak dimulai dgn terungkapnya hakikat kalimah nafi dan isbat, tidak akan terungkap jua makrifat nafi dan isbat tanpa mujahadah....
( Jalan Nabi saw dan sahabat² r.a adalah jalan yg telah di taqdirkan kebenarannya...)

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails