Saturday, April 3, 2010

MAPIM anjur 'Konvoi untuk Gaza'


KUALA LUMPUR, 3 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan ”Konvoi Nasional untuk Gaza” pada 8 Mei 2010 ini.

MAPIM adalah komiti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Mereka melalui satu kenyataan media berkata, penganjur mensasarkan penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Jelasnya tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan padu kepada uamat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

"Harapan kita hanya satu, iaitu "Bebaskan GAZA dan Selamatkan Al-Aqsa", kata Mustapa Mansor, ketua kordinator program tersebut.

"Mesej ini adalah mesej kemanusiaan yang ingin didengungkan ke telinga umat khasnya di Malaysia," tambahnya lagi.

Mereka turut mengalu-alukan penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi tersebut.

Mereka yang berminat boleh mengunjungi www.vivapalestinamapim.blogspot.com atau menghubungi nombor 019 4747141.

sumber; harakahdaily

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails