Thursday, April 8, 2010

Model terbaru SAV mampu tingkatkan jualan BMW


TEE KEAT (kanan) bersama Briscoe melihat X1 xDrive 20d model terbaru BMW semasa majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menjangkakan jualannya dalam segmen kenderaan aktiviti sukan (SAV) pada tahun ini akan meningkat berikutan usaha syarikat memperkenalkan model siri terbaru X1 semalam.

Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, menerusi pengenalan siri terbaru itu, pihaknya turut optimis ia akan menjadi pemacu utama jualan dalam segmen tersebut sekali gus meningkatkan jumlah jualan kenderaan BMW di negara ini.

"Kami menjangkakan segmen SAV akan menyumbang sebanyak 20 peratus kepada jumlah jualan kumpulan tahun ini berbanding 15 peratus tahun lalu,'' katanya selepas majlis pelancaran model BMW X1 xDrive 20d yang telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat di sini.

Tahun lalu, BMW Malaysia merekodkan jumlah jualan sebanyak 3,564 unit kenderaan dan 233 unit daripada jumlah tersebut merupakan kenderaan daripada segmen SAV.

Model BMW X1 xDrive 20d akan berada di bilik pameran pada penghujung minggu ini dan ditawarkan pada harga jualan runcit sebanyak RM299,800 seunit yang meliputi cukai jalan, pendaftaran serta pakej perkhidmatan dan pembaik pulihan selama tiga tahun.-UTUSAN

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails