Sunday, April 4, 2010

SUKAN PASTI KAWASAN KANGAR 2010

Kemeriahan sukan PASTI Kawasan Kangar bakal bermula sebentar sahaja lagi,anda jangan kemana-mana...tunggu...


Suasana pada pagi ini masih di litupi kabus yang agak tebal,walaupun matahari sudah merangkak tinggi



Acara yang di panggil melontar jamrah mendapat sambutan yang begitu hangat dan mendapat tumpuan yang cukup meriah,berlatih dulu sebelum pi buat umrah nanti adik-adik na


Kibaran bendera bakal-bakal qader dakwah yang akan membentuk ummah dengan Islam yang tulin



Hadiah yang bakal menanti pemenang futsal dan bola jaring


Delegasi dari PASTI Tarbiyyatul Atfal menghantar srikandi muda


PASTI Al-Muttaqin dan PASTI Al-Hidayah bakal mengulangi kejayaan tahun lepas,adakah mereka mampu mempertahankan juara dalam banyak acara pada kali ini?sama-sama kita nantikan


PASTI As-Solehin bakal memberi tentangan kepada juara bertahan,apa-apa pun tunggu di akhir sukan ini



D' Futsal Centre yang memuatkan 7 padang futsal berbagai saiz dan jenis menjadi sejarah tercatatnya SUKAN PASTI KAWASAN KANGAR dalam diari penubuhannya


Mai secawan pun ada di sini...


Urusetia program bersama Ketua Unit Amal Kawasan Kangar Saudara Mior Hassan Sazali Mior Hajjar juga bekas Pensyarah TATI dalam bidang kimia.


Cikgu PASTI menyusun dan memberi taklimat kepada murid-muridnya,asuh elok-elok na


Saudara Saifizi menjadi juruacara pada SUKAN PASTI KAWASAN KANGAR yang juga bekas graduan lepasan daripada Institut Teknologi Nagoya,Japan


Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Yaakob Abu Seman bersama dengan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar Saudara Mohd Iqbal Mohd Sharif baru sahaja menyudahkan majlis perasmian SUKAN PASTI KAWASAN KANGAR 2010 bersama pengerusi majlis Saudara Falah Azizan yang juga bekas pelajar Institut Teknologi Nagoya,Japan.


Pasukan dari PASTI Tarbiyyatul Atfal bakal memberi tentangan sengit kepada pasukan lawan


PASTI Bestari Al-Islah bersiap sedia merobek gawang


Perlawanan sudah bermula,penonton memberi sokongan yang padu pada PASTI yang di wakili oleh anak-anak mereka


Di sebelah sana pertandingan bola jaring


Ini dia penjaring terbanyak Adik Aidil dari PASTI Tarbiyyatul Atfal dengan menyumbat 4 gol dan di sebelah kanan adalah Adik Ahmad Faiz dari PASTI Bestari Taman Utama selaku pemain terbaik juga menjadi johan pertandingan futsal ini,adik Ahmad Faiz di pilih mewakili kawasan sebagai penjaga gawang.

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails