Tuesday, April 6, 2010
Usul royalti bakal bergema di DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 6 April: Dewan Undangan Negeri Terengganu yang dirasmikan sidangnya semalam dijangka bergema dengan isu royalti apabila ADUN PAS mengemukakan usul itu dalam sidang kali ini.
Usul ini akan menguji sejauh mana sikap kerajaan negeri dan para penyokong BN sendiri kerana mereka juga yang akan mendapat manafaat sepenuhnya jika usul ini diterima dan disokong oleh mereka.
Sehingga kini, kerajaan negeri BN pimpinan Datuk Ahmad Said tidak menarik balik saman kerajaan di zaman PAS dahulu ke atas Petronas dan kerajaan Pusat.
Ini kerana, walaupun dinyatakan oleh Datuk Seri Najib sendiri menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu royalti akan diberikan balik kepada kerajaan negeri Terengganu, sampai kini ia belum diberikan.
Yang diberikan pula adalah dalam bentuk wang ehsan dan jumlahnya bukannya 5 peratus sebagaimana yang dinikmati kerajaan negeri sebelum ini.
Ia royalti kembali panas apabila Kelantan membuat kempen secara besar-besaran untuk mendapatkan royalti petroleum untuk negeri itu. ia diketuai Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Bekas pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Terengganu dan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah pula menyokong kempen ini hingga sanggup ke negeri Sabah bagi menjalankan kempennya.
Usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ini dibawa di bawah Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut (YB DUN n PARLIMEN ambo)berkata selain usul itu, usul mengenai gejala rempit yang melanda pemuda pemudi Terengganu turut dibawa.
"Kita, InsyaAllah akan mengemukakan dua usul, yang kedua-duanya adalah mustahak bagi orang ramai, rakyat negeri Terengganu,
"Isu royalti adalah perkara yang cukup besar dan penting, kerajaan pusat sehingga kini belum mengembalikan pembayaran tunai 5% wang royalti kepada kerajaan Terengganu,”ujarnya kepada Buletinonline.net, laman web yang berpangkalan di Terengganu.
Menurutnya, isu rempit pula adalah cukup penting, yang InsyaAllah akan dikemukakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong).
Katanya, PAS mahu ‘Dewan yang mulia’ Sidang DUN Terengganu membincangkan dan memutuskan kedua-dua usul yang sudah ‘mendesak’ itu.
Manakala Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika ditemui berkata, isu rempit bukan hanya isu gejala social yang melanda remaja dan pemuda, bahkan ia sudah menjadi isu jenayah dan keselamatan.
Katanya, sekiranya ia dipandang sambil lewa oleh kerajaan Terengganu, sebagaimana selama ini, ia akan meledak menjadi ‘bom jangka’ sosial yang lebih besar.
"Kita mahu satu dasar diputuskan bagi menangani isu ini, kerajaan telah meluluskan belanjawan RM5 juta, wang rakyat,
"kita (PAS) mahu ianya disalurkan beradasarkan satu program yang dibincangkan dalam sidang DUN,”katanya.
sumber:harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment