Tuesday, April 6, 2010

Zakat Dibayar Guna Kad Kredit Di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 5 April (Bernama) -- Mulai tahun ini, umat Islam di Terengganu boleh membayar zakat menggunakan kad kredit yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman, berkata penggunaan kad kredit itu bagaimanapun terhad kepada kad kredit yang berteraskan Islam.

"Maidam telah menyediakan empat terminal bagi urusan pembayaran zakat melalui kad kredit ini iaitu di pejabat Maidam dan Surau Syed Al-Sagoff di Kuala Terengganu, Kerteh dan di Cukai," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Telekom Malaysia kepada Maidam di sini Isnin.

Wan Harujan berkata Maidam akan meluaskan terminal bagi penerimaan zakat melalui kad kredit ke pusat-pusat zakat Maidam di seluruh Terengganu dalam masa terdekat.

Katanya dengan kaedah terbaru pembayaran zakat itu, Maidam yakin pungutan zakat di negeri itu akan meningkat.

Sehingga Mac tahun ini, Maidam telah mengutip sebanyak RM9.4 juta zakat.

Sebelum itu, Pengurus Besar TM Terengganu Azhar Omar telah menyampaikan zakat perniagaan sebanyak RM189,420 kepada Maidam.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails